Tuesday, January 18, 2011

Pembinaan Bumper Jalan di Taman Tasik Biru




Surat permohonan pembinaan bonggol/bumper jalan telah di hantar kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang melalui JKKK Kampong Setia - En. Azman bin Yaakob. Ini berikutan pembukaan apartment Laguna Biru yang menyebabkan trafik mula meningkat. Di samping itu juga bagi membendung kegiatan anak muda yang merempit di dalam kawasan taman. Jalan-jalan yang dicadangkan untuk pembinaan bonggol tersebut termasuk di persimpangan JTB 2 dan JTB 8, lorong tepi JTB 2 menghala ke JTB 4 dan JTB 5, simpang JTB 2 dan JTB 1 dan lain-lain. Kita mengharapkan pihak MPS akan berkompromi dalam hal ini memandangkan sebelum ini telah ada permohonan sama yang telah dibuat.

Monday, January 17, 2011

Kelas Senamrobik Anjuran Biro Wanita




Untuk makluman semua ahli, kelas senamrobik anjuran Biro Wanita yang dihentikan buat sementara waktu kerana cuti sekolah, akan dimulakan kembali pada bulan Februari 2011, iaitu pada minggu PERTAMA dan KETIGA setiap bulan.Lokasi aktiviti juga berubah kerana akan diadakan di Dewan Badminton berhadapan padang/pasar pagi Kg Setia.
Sehubungan itu, pihak biro ingin mensasarkan ahli kelas seramai 30 orang secara tetap dimana setiap ahli hanya perlu membayar RM6 sebulan ( 2 sesi kelas ). Kelas senamrobik ini akan dikendalikan oleh instruktor Abag Jem.
Ahli/bukan ahli yang berminat, sila hubungi Pn. Azariah d talian 019 3164838 untuk pendaftaran.

Sunday, January 16, 2011

LAWATAN KE KILANG GARDENIA BAKERIES SDN BHD, SHAH ALAM

Kepada semua ahli persatuan, adalah dimaklumkan satu lawatan akan dianjurkan oleh pihak Persatuan iaitu Lawatan ke Kilang Gardenia Bakeries Sdn Bhd di Shah Alam :

Tarikh : 12 Februari, 2011 (sabtu)
Masa : 11.30 pagi.
Peserta : 50 orang ( anggaran)
Pengangkutan : Dengan bas. Percuma
Keutamaan kepada ahli persatuan. Lebihan kerusi dibuka kpd bukan ahli.

Pertanyaan sila hubungi En. Hussain 013 3395301 @ Pn. Aza ( Ketua Wanita) 019 3164838

Gambar-gambar program Gotong-Royong Perdana

Pengunjung Tasik setiap petang















Sesi senamrobik dan poco-poco. Persekitaran yang bersih

Gambar-gambar program Gotong-Royong Perdana

Gambar-gambar program Gotong-Royong Perdana


Semua peserta sedang `tekun` bersarapan. Kelihatan disini Aza, Norhanizah, Kak Zie, Cikgu Bai dan Su.

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA




Tasik Biru, Kuang - Pada 16 hb Januari 2011 telah berlangsung Program Gotong-Royong Perdana di tepian tasik anjuran JKKK Kampong Setia dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru dan KRT. Majlis bermula pada pukul 7.30 pagi. Semua peserta dibekalkan dengan sarapan pagi dan selepas bersarapan, peserta akan turut serta dalam acara senamrobik dan poco-poco yang di kendalikan oleh Abang Jem.

Majlis diserikan dengan kehadiran beberapa jemputan khas iaitu Y.B. William dari Parlimen Selayang dan Tuan Mohd Fauzi, Timbalan Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan. Majoriti peserta program ini terdiri dari kalangan warga Taman Tasik Biru dan ini mencetuskan kebanggaan di hati Pengerusi Persatuan. Turut terlibat ialah pekerja dan lori kontraktor penyelenggaran sampah. Peringkat awal diadakan penyampaian hadiah pelajar cemerlang UPSR dan bantuan yuran pelajar miskin.
Dapat dilihat semua peserta tidak sabar untuk memulakan aktiviti gotong-royong sebaik saja ia bemula. Program berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Walaupun letih, peserta tersenyum puas melihat persekitaran yang bersih. Hanya baju t-shirt hijau yang diperolehi saja menjadi kenangan. Bagi pihak persatuan, kita akan terus mendesak MPS agar menyediakan prasarana di Tasik Biru khasnya tong sampah dan tandas awam.

Dari Meja PengerusiPersatuan........................

Assalamualaikum....

Kepada semua ahli PPTTB, ini mungkin merupakan catatan saya yang pertama dalam tahun 2011 ini. Maaf saya pohonkan kerana telah sekian lama laman ini sepi tanpa berita. Ini berikutan admin agak sibuk dengan tugas hakiki dan amat kesuntukan masa. Walaupun kita telah terlepas untuk sampaikan berita mengenai berbagai aktiviti yang berlangsung di dalam Taman, InsyaAllah saya akan masukkan gambar-gambar tersebut dalam slot MEMORI 2010. Tahun ini merupakan yang terakhir bagi Ahli Jawatankuasa Persatuan Sesi 2010-2011. Penghujung tahun ini kita akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-2. Tetapi sebelum itu, kami akan meneruskan kecemerlangan kepimpinan ini, insyaAllah. Tahun 2011 baru bermula, justeru itu masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru.

Followers