Monday, February 21, 2011

Kelas Senamrobik Anjuran JKKK Kpg Setia



Dewan Badminton, Pdg Kpg Setia - Bermula ada 20.02.2011, pihak JKKK Kpg Setia menganjurkan program senaman khas untuk kaum wanita setiap hari Ahad yang diadakan di dewan badminton berhadapan padang Setia. Penyertaan adalah terbuka kepada semua wanita daerah Kuang dengan bayaran RM3 bagi satu sesi. Tenaga pengajar terlatih disediakan iaitu En Jem.
Pihak persatuan terpaksa membatalkan acara yang sama dan menyeru kaum wanita taman turut serta di dalam program yang dianjurkan bagi merapatkan hubungan dengan masyarakat luar.

Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul DUN Kuang





Pdg Kpg Setia, Kuang. - Pada 15.02.2011 berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Kuang yang disertai oleh puluhan kontijen yang mewakili Persatuan Penduduk, JKKK, Sekolah, badan berunifom dan lain-lain agensi. Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru bersama KRT dan Surau turut terlibat menjayakan perarakan. Kontijen kita yang berkumpul seawal 7.30 pagi disertai lebih dari 50 peserta termasuk 5 orang wakil dari Apartmen Laguna Biru diketuai oleh Naib Pengerusinya Dr Rasyadan. Perarakan tahun ini bermula dari Pdg Kpg Setia ke Dewan Serbaguna Kundang. Peserta bersarapan pagi selepas berarak sebelum Forum dimulakan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari. Pihak Persatuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan kontijen Taman Tasik Biru.

Followers