Monday, July 16, 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK DATANG LAGI.....

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan keizinannya, kita masih bernafas untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru yang ditunjangi barisan Ahli Jawatankuasanya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan, berpuasa dan mempertingkatkan ibadah  kepada semua penduduk taman.
Untuk makluman, pihak Persatuan dan KRT akan mengadakan majlis berbuka puasa pada 28.07.2012. Semua penduduk beserta keluarga dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut. Manakala majlis sambutan Hari Raya pula akan kita adakan pada 02.09.2012 bersama KRT dan Surau Tasik Biru.

Sukacita juga dimaklumkan, Surau juga menyediakan perbagai aktiviti dalam bulan Ramadhan ini antaranya tazkirah, berbuka puasa harian, tadarus, kuliah suboh, qiamullail dan lain-lain. Bersama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini.

Friday, July 6, 2012

PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA

Untuk makluman semua penduduk Taman Tasik Biru - Taman kita telah dicalonkan untuk turut serta dalam Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Penerangan Malaysia, melalui Pejabat Penerangan Daerah Gombak.

Pertandingan ini akan berlangsung mulai 15 Julai hingga 31 Ogos 2012. Berbagai kategori disediakan iaitu banguna kerajaan, swasta, kampong, sekolah, taman perumahan, kediaman individu, pintu gerbang dan Anjung Komuniti 1 Malaysia.

Hasrat persatuan ialah untuk menghias taman kita bermula dari laluan masuk JTB 1, JTB 2, JTB 8 hingga ke padang permainan. Di padang tersebut akan dibina arca/menara/tiang yang menempatkan bendera yang berkibar.


Sehubungan dengan itu, pihak persatuan memohon kepada penduduk untuk menyumbangkan seberapa banyak bendera dari jenis bertali, kecil, besar, melintang atau menegak untuk kita kibarkan di lokasi-lokasi tertentu. Penduduk juga digalakkan untuk kibarkan bendera di rumah masing-masing. Sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil jalan anda atau hubungi Pengerusi di talian 013 3395301

Followers