Monday, October 15, 2012

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENDUDUK - TMN TASIK BIRU

Semua penduduk dijemput hadir ke Majlis tersebut yang akan diadakan pada :

TARIKH   :   21.10.2012 Ahad
MASA      :   10.00 pagi
TEMPAT  :    Surau Tasik Biru

Agenda   :
  * Membincangkan perkara berkaitan keselamatan, isu semasa, kawalan sekuriti dan  sebutharga pakej kawalan keselamatan.
  * Kehadiran wakil Balai Polis Kuang untuk taklimat ringkas berkaitan situasi jenayah di kawasan sekitar Kuang.
  * Penceritaan tentang kejadian samun terbaru oleh En Zainal ( mangsa).

KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sunday, October 7, 2012

SAMUN BERSENJATA PADA 02.10.2012 SELASA

Kejadian samun bersenjata yang berlaku pada hari Selasa 02.10.2012 begitu memeranjatkan semua pihak. Ini kerana ia berlaku pada pukul 8.30 malam ketika penghuni berkumpul bersama keluarga seramai 12 orang ( 5 dewasa, 7 kanak-kanak.). Tindakan nekad tersebut berlaku dalam masa 5 minit saja. Alhamdulillah tiada kecederaan berlaku dalam situasi yang mencemaskan tersebut.
Semua penduduk perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Pastikan pintu pagar, grill sentiasa berkunci dan pastikan keselamatan anak-anak yang bermain diluar rumah. Selain bergantung kepada pihak Polis dalam menjalankan siasatan, penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan diri, hartabenda dan keluarga.
Pihak persatuan mengalu-alukan sebarang cadangan daripada penduduk mengenai langkah yang perlu diambil kerana setiap langkah tersebut perlu kan persetujuan semua pihak terutama soal penutupan jalan tertentu dan perkara yang melibatkan kutipan wang bulanan untuk sekuriti contohnya. Semua sedia maklum, perkara ini tidak mudah tapi boleh kita laksanakan InsyaAllah, jika mendapat kerjasama semua pihak. Janganlah kita begitu mudah menuding jari kepada pihak tertentu sahaja memandangkan kita adalah pemilik rumah yang mempunyai tanggungjawab bersama.
Untuk makluman, satu perjumpaan bersama penduduk akan diadakan dalam masa terdekat dimana setiap jalan menghantar wakil sekurang-kurangnya 10 orang supaya kita dapat kumpulkan idea dan cadangan yang boleh diambil dan persetujui bersama. Pihak persatuan/KRT sendiri tidak boleh mengambil satu tindakan tanpa dipersetujui semua pihak. Tarikh perjumpaan akan diumumkan kelak. Kita akan menjemput pihak balai Polis Kuang untuk memberikan sedikit taklimat senario keselamatan sekitar kawasan Kuang.

Followers