Sunday, October 9, 2011

LAWATAN SEHARI KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH




Untuk makluman semua ahli/bukan ahli, lawatan sehari ke Melaka Bandaraya Bersejarah ini adalah anjuran Biro Wanita Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru. Lawatan ini bertujuan menjejaki sejarah silam yang bermula di Negeri Melaka di samping merapatkan ukhuwah kejiranan melalui pengalaman sehari bersama jiran setaman. Butiran lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 20 hb November,2011 ( Ahad)
Masa : 6.30 pagi(head count). 7.00 pagi bertolak.
Tempat : Berkumpul di medan parkir, lot kedai TTB.
Bayaran : RM28.00 termasuk Sarapan Pagi dan Insuran.

Sesiapa yang berminat sila hubungi Pn. Azariah 019 3164838 atau Pn. Rozana 012 6767840 untuk pertanyaan.

Tuesday, October 4, 2011

SUASANA SAMBUTAN RUMAH TERBUKA RAYA TAMAN TASIK BIRU











Majlis yang dirancang telah diadakan pada :
Tarikh : 25.9.2011 Hari Ahad
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Medan Parkir Lot Kedai, TTB

Majlis berlangsung dengan meriah dengan kehadiran YB Tuan Abdul Shukor bin Hj Idrus dan isteri Pn Raja Norashikin serta Tuan Hj Mat Isa bin Mohd Yunos, Pengerusi JKKP Kampong Setia. Pengerusi Persatuan Penduduk En Hussain bin Ismail bertindak selaku Pengerusi Majlis memberikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan ringkas oleh Hj Nik Yusof bin Nik Mohamad.
YB Shukor dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat menganjurkan majlis ini dan dengan rasa gembira telah meluluskan dana untuk surau berjumlah RM20,000. Cabutan bertuah untuk jalan dilakukan oleh Pn Raja Norashikin. Terdapat 5 hamper yang menjadi rebutan pada hari ini.Cenderahati berupa buah-buahan yang digubah menarik di dalam bakul disampaikan oleh Ketua Wanita Persatuan Pn Azariah bt Abd Aziz kepad Pn Raja Norashikin.
Jamuan makan dimulakan tepat pada pukul 12.30 tengahari. Antara menu yang disediakan ialah SATE, KETUPAT,LAKSA UTARA, NASI LEMAK, YONG TAU FOO, RENDANG AYAM, NASI IMPIT, KUIH-MUIH DAN LAIN-LAIN. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu karaoke raya oleh penduduk yang berminat.
Pengerusi Persatuan, Surau dan KRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK serta penduduk yang terlibat menjayakan majlis ini. InsyaAllah bertemu lagi di majlis sama di tahun hadapan.

Followers