Wednesday, December 28, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua penduduk taman. Semoga kehadiran 2012 membuahkan azam yang berbeza dari tahun sebelumnya. Kuatkan tekad, mantapkan ukhuwwah semoga komuniti kita dirahmati Allah sentiasa. Kepada semua ahli, teruskan sokongan anda kepada Persatuan dan jadikan ia sebagai inspirasi untuk mewujudkan MASYARAKAT PENYAYANGKOMUNITI BERWAWASAN.

Tuesday, December 20, 2011

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT - PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA ( Untuk ahli)

Pemeriksaan Kesihatan Bergerak NKF LifeCheck dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru akan diadakan pada :
Tarikh   :   14.01.2012 Sabtu
Masa    :   10.30 pagi hingga 3.00 petang.
Tampat :    Perkarangan Surau Taman Tasik Biru.

Program ini dianjurkan secara percuma kepada semua ahli Persatuan Taman Tasik Biru manakala bukan ahli akan dikenakan bayaran RM3.00 saja sebagai sumbangan kepada Badan Kebajikan terbabit.
- Tempohmasa kurang dari 25 minit seorang
- Laporan kesihatan diberi serta-merta
- Keputusan ujian adalah rahsia.

Ujian tersebut merangkumi
- TEKANAN DARAH
- URINALISIS
- INDEKS JISIM TUBUH DAN UKUR LILIT PINGGANG
- GLUKOS DALAM DARAH
- KOLESTROL DALAM DARAH
- SESI KAUNSELING (JIKA PERLU)
Terbuka kepada semua termasuk penduduk kawasan sekitar yang berminat. Pendaftaran beserta borang adalah perlu dan mesti dihantar sebelum atau pada 09.01.2012.Tidak dibenarkan mengambil minuman berkafein, beralkohol dan merokok 2 jam sebelum ujian. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hussain bin Ismail 013 3395301.
********************************************************************************
Berikut ialah gambar pada hari pemeriksaan tersebut :







Tuesday, December 13, 2011

Sukaneka Perpaduan dan Perkelahan KRT Tmn Tasik Biru

Sg Klah Hot Spring, Sungkai. - Pada 12.12.2011 pihak Kawasan Rukun Tetangga Taman Tasik Biru telah mengadakan Sukaneka Perpaduan dan Perkelahan di Kolam Air Panas Sungai Klah Sungkai. Program ini disertai oleh 110 orang peserta yang terdiri dari berbagai lapisan umur termasuk ahli Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru. Para peserta berkumpul seawal jam 6.30 pagi dihadapan medan parkir lot kedai untuk menaiki 2 buah bas Dataran Pintar yang telah sedia menunggu. Perjalanan selama 1 1/2 jam bagaikan tidak terasa apabila bas tiba ke destinasi dengan selamat. Selesai bersarapan, urusetia program bertungkus lumus menyediakan prasarana untuk sukaneka. Berbagai acara menarik disediakan termasuk MEREBUT GULA-GULA, BOLA PING-PONG DALAM SUDU,LARI IKAT KAKI, PEPATUNG, BOWLING KELAPA, LONTARAN KASIH, CABUTAN BERTUAH dan lain-lain.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En Raffikit, Pengerusi KRT. MC pada majlis ini ialah En. Hussain bin Ismail.Makan tengahari disediakan secara pot luck menyajikan perbagai jenis lauk yang dibawa oleh setiap peserta. Semua peserta dibenarkan `menjalani` aktiviti bebas bermula pukul 12.30 tengahari hingga 5.30 petang. Apalagi....JOM MANDI !!!!!!!!Bas bertolak pulang ke Taman Tasik Biru pada lewat petang. Sekalung tahniah kepada pihak KRT atas penganjuran acara ini dan ribuan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat - En Raffikit, En. Hussain, En Johare, En. Joha, En Ramli, En Mohd Sabri, Dr Helmee,En. Sulmi, Pn. Syarina, Pn. Nor Baizura, Pn. Hapipah, Pn. Zakiah, Pn. Noraini, Pn. Rosiah/Roha dan Pn. Suzana. JUMPA LAGI DI TAHUN DEPAN.

Monday, December 12, 2011

Gambar-gambar Lawatan ke Melaka.

Berikut adalah sebahagian gambar peserta lawatan ke Melaka anjuran Biro Wanita, Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru.Kebanyakan gambar yang menarik ada dalam simpanan peribadi peserta tetapi tidak dapat dihantar kepada admin untuk dimasukkan dalam profil ini.Walaupun hujan turun dgn lebat ketika di Banda Hilir, namun itu tidak melunturkan semangat peserta untuk `explore` semua tempat-tempat menarik disekitar kawasan tersebut. Maklumbalas yang diterima, semua peserta berpuashati dan mencadangkan agar aktiviti sebegini diadakan lagi dimasa depan di satu lokasi yang berlainan.Tahniah kepada AJK Urusetia. Terima Kasih.

Tuesday, November 1, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2011


ASSALAMUALAIKUM....Saya Hussain bin Ismail, Pengerusi Persatuan bagi pihak Ahli Jawatankuasa PPTTB mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua penduduk Taman Tasik Biru. Kepada yang akan pulang ke kampung, sila berhati-hati di jalanraya dan semoga selamat kembali. Kepada yang akan berhari raya di taman, solat Aidiladha akan diadakan di surau Taman Tasik Biru buat pertama kali dan majlis Qurban juga akan diadakan selepasnya. Semoga perayaan kali ini akan meningkatkan lagi ukhuwwah antara jiran tetangga dan segala usaha kita dalam menyemai semangat perpaduan diberkati Allah hendaknya...AMIN.

Sunday, October 9, 2011

LAWATAN SEHARI KE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH




Untuk makluman semua ahli/bukan ahli, lawatan sehari ke Melaka Bandaraya Bersejarah ini adalah anjuran Biro Wanita Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru. Lawatan ini bertujuan menjejaki sejarah silam yang bermula di Negeri Melaka di samping merapatkan ukhuwah kejiranan melalui pengalaman sehari bersama jiran setaman. Butiran lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 20 hb November,2011 ( Ahad)
Masa : 6.30 pagi(head count). 7.00 pagi bertolak.
Tempat : Berkumpul di medan parkir, lot kedai TTB.
Bayaran : RM28.00 termasuk Sarapan Pagi dan Insuran.

Sesiapa yang berminat sila hubungi Pn. Azariah 019 3164838 atau Pn. Rozana 012 6767840 untuk pertanyaan.

Tuesday, October 4, 2011

SUASANA SAMBUTAN RUMAH TERBUKA RAYA TAMAN TASIK BIRU











Majlis yang dirancang telah diadakan pada :
Tarikh : 25.9.2011 Hari Ahad
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Medan Parkir Lot Kedai, TTB

Majlis berlangsung dengan meriah dengan kehadiran YB Tuan Abdul Shukor bin Hj Idrus dan isteri Pn Raja Norashikin serta Tuan Hj Mat Isa bin Mohd Yunos, Pengerusi JKKP Kampong Setia. Pengerusi Persatuan Penduduk En Hussain bin Ismail bertindak selaku Pengerusi Majlis memberikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan ringkas oleh Hj Nik Yusof bin Nik Mohamad.
YB Shukor dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat menganjurkan majlis ini dan dengan rasa gembira telah meluluskan dana untuk surau berjumlah RM20,000. Cabutan bertuah untuk jalan dilakukan oleh Pn Raja Norashikin. Terdapat 5 hamper yang menjadi rebutan pada hari ini.Cenderahati berupa buah-buahan yang digubah menarik di dalam bakul disampaikan oleh Ketua Wanita Persatuan Pn Azariah bt Abd Aziz kepad Pn Raja Norashikin.
Jamuan makan dimulakan tepat pada pukul 12.30 tengahari. Antara menu yang disediakan ialah SATE, KETUPAT,LAKSA UTARA, NASI LEMAK, YONG TAU FOO, RENDANG AYAM, NASI IMPIT, KUIH-MUIH DAN LAIN-LAIN. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu karaoke raya oleh penduduk yang berminat.
Pengerusi Persatuan, Surau dan KRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK serta penduduk yang terlibat menjayakan majlis ini. InsyaAllah bertemu lagi di majlis sama di tahun hadapan.

Sunday, September 11, 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA PERINGKAT TAMAN TASIK BIRU


majlis tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 25 hb September, 2011 Ahad
Masa : 11.00 pagi - 0300 ptg
Tempat : Medan Parkir Lot Kedai

Semua penduduk ahli/bukan ahli dijemput hadir. Majlis bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga dan mewujudkan jalinan kemesraan antara penduduk dengan pemimpin2 masyarakat luar yg turut dijemput. Penyediaan makanan seperti tahun2 lalu mengikut jalan masing-masing. Sehubungan itu sumbangan RM10 setiap keluarga adalah diperlukan dan disampaikan kepada wakil jalan anda. Acara selingan persembahan koir kanak-kanak, karaoke lagu raya (dewasa+ cenderahati)dan cabutan bertuah jalan/individu.

Luangkan masa anda, kenali jiran dan datang beramai-ramai....

Sunday, August 21, 2011

SELAMAT HARI RAYA - MAAF ZAHIR DAN BATIN


UCAPAN TULUS IKHLAS DARIPADA SEMUA AHLI JAWATANKUASA KEPADA SEMUA PENDUDUK TAMAN. SEMOGA AIDILFITRI TAHUN INI BERBEZA BERBANDING TAHUN-TAHUN LALU. SELAMAT PULANG KE KAMPONG DAN SELAMAT KEMBALI UNTUK KITA BERJUMPA LAGI.

MEMASAK RENDANG DI DALAM KUALI
JANGAN DILUPA MENJERANG AIR
HARI RAYA SETAHUN SEKALI
JANGAN JADIKAN IA YANG TERAKHIR.

Tuesday, May 24, 2011

GAMBAR GAMBAR SEKITAR MAJLIS DIALOG BERSAMA PDRM DAN MPS






Berikut ialah gambar yang dirakamkan ketika majlis tersebut. Pihak Polis diwakili oleh Tuan SM Rahmat bin Bachik, Ketua Balai Polis Kuang manakala MPs diwakili oleh Cik Nurdalina binti Arbain. MPS menghantar kaunter bergerak pembayaran cukai ke lokasi. Pihak Polis pula menyediakan pameran, pendaftaran rakan cop dan penduduk mengambil kesempatan mengenali En. Rafiz anggota polis sektor Tasik Biru.

Sunday, May 8, 2011

MAJLIS DIALOG DAN TAKLIMAT PENCEGAHAN JENAYAH BERSAMA PDRM

Pihak Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru dengan kerjasama KRT akan menganjurkan Majlis Dialog dan Taklimat Pencegahan Jenayah bersama PDRM pada butiran seperti berikut :

Tarikh : 22 hb Mei, 2011 Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dataran parkir lot kedai

Pihak PDRM akan hadir bersama pameran Cegah Jenayah, pameran gambar kemalangan maut serta kaunter pendaftaran Rakan Cop. Pihak Persatuan masih dalam proses untuk menjemput pihak bomba untuk mengadakan demonstrasi menyelamat dan Majlis Perbadaran Selayang untuk turut serta dalam program ini. Beberapa gerai jualan akan dibuka bagi mewujudkan mood `mini karnival`dikalangan pengunjung. Semua penduduk dijemput hadir.

Gambar-gambar Pertandingan Futsal Tertutup 2011









Pertandingan Futsal Tertutup Antara JTB ini dengan 2 pasukan jemputan dari Kg Setia dan Laguna Biru telah berakhir dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada pihak Urusetia khususnya Biro Sukan dan Rekreasi yang diterajui oleh En. Hasrolnizam, En Raffikit, En Johare, En Saiful dan lain-lain serta En Hussain sebagai Pengerusi Persatuan yang turut turun padang walau dalam keadaan masih bertongkat. Semangat kesukanan amat tinggi dikalangan para peserta disamping mengeratkan jalinan silaturrahim sesama pemain. Pihak Persatuan memandang positif aktiviti sebegini yang menjurus kepada perpaduan dan semangat kemasyarakatan yang tinggi. Sebanyak 10 pasukan yang bertanding dan yang muncul juara ialah Kumpulan Phsyco F.C. dari JTB 4. Turut disampaikan trofi bagi pemain terbaik. Syabas untuk semua.

Followers