Thursday, April 26, 2012

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM `JOM..MEMBACA.....`








Program ` Jom...Membaca Di Hujung Minggu` mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para penduduk. Kanak-kanak hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk mengambil bahagian di dalam Pertandingan Mewarna. Pihak Urusetia hanya menyediakan tempat kepada 50 orang yang pertama tetapi kehadiran mencecah 70 orang kanak-kanak. Slot untuk acara `30 minit membaca,satu cenderahati` dimulakan pada pukul 10 pagi. Pada masa ini maskot Alif dan Anis mula keluar dan melayani karenah kanak-kanak. Keadaan jadi tidak terkawal tetapi menceriakan! Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor hadir dengan 300 buah buku untuk pelbagai lapisan umur dan kaunter pendaftaran ahli perpustakaan mendapat sambutan menggalakkan. Pihak Persatuan dan PPAS akan mengadakan satu pusat transit pinjaman buku untuk kemudahan ahli iaitu di No33, JTB4 setiap Ahad 9- 10 pagi. Pertanyaan sila hubungi Puan Nor Baizura 012 2575346 ( Biro Pendidikan)

Sunday, April 15, 2012

Program `....JOM, MEMBACA DI HUJUNG MINGGU`

Program `...JOM MEMBACA DI HUJUNG MINGGU` Anjuran Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru ini terbuka kepada semua ahli persatuan. Tujuan program ini adalah untuk membudayakan amalan membaca di kalangan ahli sesebuah keluarga. Ini kerana kehadiran ibubapa bersama anak-anak akan memberi impak positif kepada kanak-kanak terbabit. Butiran mengenai program:

Tarikh   :   22 April, 2012. Ahad
Masa    :   8.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat :   Medan Parkir Lot Kedai TTB

Program ini mendapat kerjasama daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang menyediakan 300 buah buku pelbagai kategori untuk semua lapisan masyarakat. Selain dari itu terdapat aktiviti :

*   Pertandingan mewarna kanak-kanak 2 kategori ( 6 - 9 tahun dan 10 - 12 tahun )
*   Penyertaan 30 minit membaca, satu cenderahati ( Penyertaan terawal, selagi stok masih ada )
*   Pendaftaran Rakan Perpustakaan Daerah, Kuang ( kaunter dibuka - Percuma)

Luangkan masa dan berilah sokongan anda terhadap aktiviti ini selain dapat bertemu dengan maskot PPAS iaitu ALIF DAN ANIS (..secomel upin dan ipin ). Sebarang pertanyaan sila hubungai Penyelaras Program 013 3395301.











Followers