Wednesday, December 28, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012 kepada semua penduduk taman. Semoga kehadiran 2012 membuahkan azam yang berbeza dari tahun sebelumnya. Kuatkan tekad, mantapkan ukhuwwah semoga komuniti kita dirahmati Allah sentiasa. Kepada semua ahli, teruskan sokongan anda kepada Persatuan dan jadikan ia sebagai inspirasi untuk mewujudkan MASYARAKAT PENYAYANGKOMUNITI BERWAWASAN.

Tuesday, December 20, 2011

KEMPEN GAYA HIDUP SIHAT - PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA ( Untuk ahli)

Pemeriksaan Kesihatan Bergerak NKF LifeCheck dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru akan diadakan pada :
Tarikh   :   14.01.2012 Sabtu
Masa    :   10.30 pagi hingga 3.00 petang.
Tampat :    Perkarangan Surau Taman Tasik Biru.

Program ini dianjurkan secara percuma kepada semua ahli Persatuan Taman Tasik Biru manakala bukan ahli akan dikenakan bayaran RM3.00 saja sebagai sumbangan kepada Badan Kebajikan terbabit.
- Tempohmasa kurang dari 25 minit seorang
- Laporan kesihatan diberi serta-merta
- Keputusan ujian adalah rahsia.

Ujian tersebut merangkumi
- TEKANAN DARAH
- URINALISIS
- INDEKS JISIM TUBUH DAN UKUR LILIT PINGGANG
- GLUKOS DALAM DARAH
- KOLESTROL DALAM DARAH
- SESI KAUNSELING (JIKA PERLU)
Terbuka kepada semua termasuk penduduk kawasan sekitar yang berminat. Pendaftaran beserta borang adalah perlu dan mesti dihantar sebelum atau pada 09.01.2012.Tidak dibenarkan mengambil minuman berkafein, beralkohol dan merokok 2 jam sebelum ujian. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hussain bin Ismail 013 3395301.
********************************************************************************
Berikut ialah gambar pada hari pemeriksaan tersebut :







Tuesday, December 13, 2011

Sukaneka Perpaduan dan Perkelahan KRT Tmn Tasik Biru

Sg Klah Hot Spring, Sungkai. - Pada 12.12.2011 pihak Kawasan Rukun Tetangga Taman Tasik Biru telah mengadakan Sukaneka Perpaduan dan Perkelahan di Kolam Air Panas Sungai Klah Sungkai. Program ini disertai oleh 110 orang peserta yang terdiri dari berbagai lapisan umur termasuk ahli Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru. Para peserta berkumpul seawal jam 6.30 pagi dihadapan medan parkir lot kedai untuk menaiki 2 buah bas Dataran Pintar yang telah sedia menunggu. Perjalanan selama 1 1/2 jam bagaikan tidak terasa apabila bas tiba ke destinasi dengan selamat. Selesai bersarapan, urusetia program bertungkus lumus menyediakan prasarana untuk sukaneka. Berbagai acara menarik disediakan termasuk MEREBUT GULA-GULA, BOLA PING-PONG DALAM SUDU,LARI IKAT KAKI, PEPATUNG, BOWLING KELAPA, LONTARAN KASIH, CABUTAN BERTUAH dan lain-lain.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En Raffikit, Pengerusi KRT. MC pada majlis ini ialah En. Hussain bin Ismail.Makan tengahari disediakan secara pot luck menyajikan perbagai jenis lauk yang dibawa oleh setiap peserta. Semua peserta dibenarkan `menjalani` aktiviti bebas bermula pukul 12.30 tengahari hingga 5.30 petang. Apalagi....JOM MANDI !!!!!!!!Bas bertolak pulang ke Taman Tasik Biru pada lewat petang. Sekalung tahniah kepada pihak KRT atas penganjuran acara ini dan ribuan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat - En Raffikit, En. Hussain, En Johare, En. Joha, En Ramli, En Mohd Sabri, Dr Helmee,En. Sulmi, Pn. Syarina, Pn. Nor Baizura, Pn. Hapipah, Pn. Zakiah, Pn. Noraini, Pn. Rosiah/Roha dan Pn. Suzana. JUMPA LAGI DI TAHUN DEPAN.

Monday, December 12, 2011

Gambar-gambar Lawatan ke Melaka.

Berikut adalah sebahagian gambar peserta lawatan ke Melaka anjuran Biro Wanita, Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru.Kebanyakan gambar yang menarik ada dalam simpanan peribadi peserta tetapi tidak dapat dihantar kepada admin untuk dimasukkan dalam profil ini.Walaupun hujan turun dgn lebat ketika di Banda Hilir, namun itu tidak melunturkan semangat peserta untuk `explore` semua tempat-tempat menarik disekitar kawasan tersebut. Maklumbalas yang diterima, semua peserta berpuashati dan mencadangkan agar aktiviti sebegini diadakan lagi dimasa depan di satu lokasi yang berlainan.Tahniah kepada AJK Urusetia. Terima Kasih.

Followers