Monday, January 28, 2013

Jamuan dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR

 
Pada 27.01.2013 jam 9.00 malam bertempat di Restoran Ibu Mertuaku, Kuang telah berlangsung Majlis Jamuan dan Anugerah Pelajar Cemerlang anjuran Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru. Jemputan yang hadir pada malam tersebut ialah Timbalan Ketua Balai Polis Kuang Sjn Mahmud bin Laukah, Ahli Jawatankuasa Persatuan, Pengerusi KRT( bersama isteri), Pengerusi Surau (bersama isteri), Ibubapa dan pelajar terbabit. Pihak Persatuan melalui Pengerusinya En Hussain bin Ismail menyampaikan penghargaan kepada Balai Polis Kuang di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan berbagai aktiviti anjuran pihak persatuan sepanjang penubuhannya.. Mulai tahun 2013, taman perumahan ini tidak lagi berada dibawah bidang kuasa Balai Kuang tetapi dibawah Balai Polis Kundang pula. Pihak Persatuan juga merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar terbabit termasuk Ibubapa dan berharap semoga kecermerlangan pelajar akan terus dipertingkatkan lagi dimasa akan datang.






Penyampaian Cenderahati kepada Pelajar Cemerlang









Tuesday, January 22, 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL









Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua penduduk taman. Semoga hari kelepasan tersebut digunakan sebaik mungkin untuk menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam. Marilah bersama-sama kita menghiasi kehidupan sehari-hari dengan sunnah Rasulullah SAW agar kehidupan lebih aman dan tenteram, InsyaAllah. Berikut ialah gambar-gambar ketika acara perarakan pada 27.01.2013 peringkat DUN Kuang. Perarakan ini turut disertai oleh kontijen Taman Tasik Biru.

Sunday, January 20, 2013

BENGKEL `TAMPIL ANGGUN` - BIRO WANITA PPTTB

Biro Wanita Persatuan akan menganjurkan BENGKEL TAMPIL ANGGUN khusus untuk wanita yang tinggal di Tmn Tasik Biru. Bengkel ini akan diadakan pada :

Tarikh   :   03.02.2013. Ahad
Masa    :   10 pagi hingga 1.30 petang
Tempat :    Akan dimaklumkan kepada peserta.
Bayaran :   RM 35.00 termasuk makan, door gift dan hadiah peserta bertuah.

Pelajari teknik urutan facial, urutan wajah anti penuaan, panduan tatarias dan pelbagai tip-tip menarik daripada pakar jemputan.
TEMPAT ADALAH TERHAD!!!!

Sila hubungi Pn. Nor Baizura 012 2575346, Pn. Nor Hanizah 017 6791514 @ Pn Rozana 012 6767840

Followers