Sunday, February 26, 2012

Suasana Majlis Mesyuarat Agong Ke 2 PPTTB

Alhamdulillah...dalam kepayahan, kesabaran dan semangat yang tinggi dari semua pihak - Ahli Jawatankuasa PPTTB, maka Mesyuarat Agong Ke 2 berlangsung dengan jayanya. Kehadiran lebih seratus orang ahli termasuk pemerhati menceriakan majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 10.15 pagi..terlewat 15 minit bagi memberi peluang kepada ahli yang baru datang untuk mendaftar. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis En. Anuar bin Baharom, diikuti ucapan pembukaan dan perasmian oleh Pengerusi Persatuan En. Hussain bin Ismail. Pembentangan laporan kewangan dilakukan oleh bendahari En. Hamdan bin Jasin diikuti laporan aktiviti 2 tahun oleh  Tuan Pengerusi. Semua ahli berpuas hati dengan laporan yang dibentangkan. Ketika bahagian hal-hal lain, ahli membangkitkan beberapa perkara diantaranya :
1.  Isu Keselamatan - Kawalan Keselamatan berbayar.
2.  Isu padang permainan dan peralatan.
3.  Mohon penyediaan tong sampah besar oleh Majlis Perbandaran Selayang.
4.  Papantanda `kurangkan laju` di jalan dalam taman.
5.  Isu pokok besar didepan rumah yang perlu dipotong.
6.  Papantanda nama taman di jalan masuk.
Pengerusi memberikan jaminan akan mengambil tindakan tertentu, termasuk berhubung dengan pihak berkenaan contohnya dalam beberapa isu berkaitan dengan Majlis Perbandaran Selayang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik untuk sesi 2012/2013 dan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada AJK 2010/2011 diatas jasa anda sepanjang tempoh perkhidmatan.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis tersebut.



















Wednesday, February 8, 2012

Perarakan Maulidur Rasul 2012 - Penyertaan Persatuan









Penyertaan ahli persatuan dan jemaah surau bersama sepanduk Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru dan Surau

Wednesday, February 1, 2012

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGONG PPTTB KALI KE -2

Kepada semua Ahli PPTTB,
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru akan mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ke 2 pada :

Tarikh   :   26 hb Februari 2012. Hari Ahad
Masa    :   9.30 pagi kehadiran ahli ( 10.00 pagi majlis bermula)
Tampat :   Medan Parkir Lot Kedai TTB

Agenda Mesyuarat tersebut adalah :
*   Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
*   Ucapan Pengerusi Persatuan/Perasmian
*   Pengesahan Minit Mesyuarat Agong 2010
*   Pembentangan Penyata Kira-kira 2010/2011
*   Pembubaran dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa 2012/2013
*   Isu Berbangkit/ Lain-lain Hal
*   Ucapan Penangguhan ( disusuli Cabutan Bertuah untuk Ahli)

Semua  dijemput hadir dan dimaklumkan setiap ahli perlu menjelaskan sekurang-kurangnya tunggakan yuran keahlian 2010 dan 2011 bagi mengekalkan keahlian dan membolehkan ahli tersebut mengundi di dalam mesyuarat tersebut.

" KE ARAH MASYARAKAT PENYAYANG, KOMUNITI BERWAWASAN"

Followers