Tuesday, December 24, 2013

GOTONG ROYONG PERDANA DAN HARI KITAR SEMULA 2013

Pada 22 hb Disember 2013 telah berlangsung Program Gotong Royong Perdana dan Hari Kitar Semula 2013 anjuran Persatuan Penduduk dan KRT Taman Tasik Biru. Bertempat di padang JTB8 dan 7, majlis bermula pada pukul 9.30 pagi selepas semua penduduk bersarapan bersama-sama.Pengerusi Persatuan En. Hussain bin Ismail merangkap pengerusi majlis pada pagi itu mengalu-alukan kedatangan semua penduduk yang hadir. Majlis dirasmikan oleh En Azman bin Yaakob Pengerusi Jawatankuasa DUN Kuang, yang turut memberikan sumbangan kepada program ini.Gimik pelancaran program ialah penyampaian sekotak air mineral dan plastik sampah kepada 15 wakil jalan di dalam taman.
Pihak Persatuan dan KRT ingin menyampaikan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Selayang yang menghantar tong dan lori sampah bergerak, unit pemotong pokok dan unit kitar semula dan tidak lupa kepada Balai Bomba Sungai Buloh yang hadir bersama jentera untuk menyembur longkang yang tersumbat. Program yang mendapat sambutan daripada penduduk ini boleh dikatakan mencapai objektif pihak penganjur untuk menjadikan persekitaran taman lebih bersih dan selesa.













Followers