Wednesday, March 17, 2010

SENARAI AJK 2010/2011 PPTTB

PENGERUSI : HUSSAIN BIN ISMAIL
NAIB PENGERUSI : ASWAN BIN AB RAHMAN
SETIAUSAHA : SANIZAM BIN SAAD
PEN. SETIAUSAHA : AZMAN BIN AWANG
BENDAHARI : HAMDAN BIN JASIN
PEN.BENDAHARI : ANUAR BIN BAHAROM
AHLI JAWATANKUASA
1. MOHD HAZROLNIZAM BIN MOHD HASHIM
2. MOHD SABRI BIN MOHD RAJI
3. NOR BAIZURA BINTI MOHD TAIB
4. MOHD SAFUAN BIN ABDUL RAHIM
5. NIK YUSOF BIN NIK MOHAMAD
6. M. NASIR BIN HAMAT
7. ROZANA BINTI HASSIM
8. ZOLKEFLI BIN JOMRI
9. ZAINAL HALIM BIN MOHD ZAIN
10. MOHD MAHDI BIN HJ ABDULLAH
11. CHE SAIFUL BAHARIN BIN ABD RAZAK
12. AHMAD KAMAL BIN ABD AZIZ
13. ANUAR BIN SAAD
14. MOHD YUSRY BIN ISMAIL
15. NOR HANIZAH BINTI JAMALUDDIN

Dari meja Pengerusi Persatuan........

Assalamualaikum....

Kepada semua ahli PPTTB. Ini merupakan catatan saya yang pertama selepas Mesyuarat Agung 17 Januari lalu. Masih belum terlewat untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas amanah yang para ahli berikan kepada AJK baru sesi 2010/2011. Kepada AJK lama yang mengekalkan jawatan dan AJK baru dilantik adalah diharapkan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menggerakkan persatuan.
Untuk makluman ahli, laporan tahunan dan pindaan perlembagaan (fasal 6-berkaitan yuran)telah dihantar dan pihak persatuan masih menunggu keputusan pindaan tersebut. Oleh kerana proses memakan masa 1hingga 2 bulan, kutipan yuran untuk 6 bulan pertama (RM12 )akan di jalankan selepas cuti sekolah.
Dalam menangani isu berkaitan keselamatan, kita turut membantu pihak KRT berkaitan pendaftaran dan jika telah tertubuhnya Kawasan Rukun Tetangga di taman kita diharap dapat atau sekurang-kurangnya mengekang kejadian jenayah. Keselamatan taman, nyawa dan hartabenda adalah tanggungjawab semua penduduk. Saya menyeru kepada semua ketua keluarga supaya mendaftar sebagai peronda keselamatan taman.
Untuk makluman ahli, Kejohanan Badminton Tertutup TTB anjuran Biro Sukan dan Rekreasi akan dimulakan pada 28/03/2010. Bagi peserta yang telah mendaftar, anda akan dihubungi u ntuk makluman tarikh perlawanan regu anda. Takwim aktiviti persatuan untuk tahun ini akan diedarkan tidak lama lagi. Sekian terima kasih........

Followers