Tuesday, January 18, 2011

Pembinaan Bumper Jalan di Taman Tasik Biru




Surat permohonan pembinaan bonggol/bumper jalan telah di hantar kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang melalui JKKK Kampong Setia - En. Azman bin Yaakob. Ini berikutan pembukaan apartment Laguna Biru yang menyebabkan trafik mula meningkat. Di samping itu juga bagi membendung kegiatan anak muda yang merempit di dalam kawasan taman. Jalan-jalan yang dicadangkan untuk pembinaan bonggol tersebut termasuk di persimpangan JTB 2 dan JTB 8, lorong tepi JTB 2 menghala ke JTB 4 dan JTB 5, simpang JTB 2 dan JTB 1 dan lain-lain. Kita mengharapkan pihak MPS akan berkompromi dalam hal ini memandangkan sebelum ini telah ada permohonan sama yang telah dibuat.

1 comment:

Anonymous said...

tumpang lalu...

Kami menyewakan sistem ini dengan kadar yang berpatutan.pihak pelanggan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli peralatan ini.Pihak pelanggan juga tidak perlu membuat bayaran sekiranya sistem rosak, pelanggan hanya perlu membayar sewaan apabila sistem berfungsi.

Berminat hubungi saya melalui telefon(013-4525252) atau email nurdin2020@gmail.com . Saya akan datang ke lokasi pelanggan untuk perbincangan lanjut.

Followers