Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul DUN Kuang





Pdg Kpg Setia, Kuang. - Pada 15.02.2011 berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Kuang yang disertai oleh puluhan kontijen yang mewakili Persatuan Penduduk, JKKK, Sekolah, badan berunifom dan lain-lain agensi. Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru bersama KRT dan Surau turut terlibat menjayakan perarakan. Kontijen kita yang berkumpul seawal 7.30 pagi disertai lebih dari 50 peserta termasuk 5 orang wakil dari Apartmen Laguna Biru diketuai oleh Naib Pengerusinya Dr Rasyadan. Perarakan tahun ini bermula dari Pdg Kpg Setia ke Dewan Serbaguna Kundang. Peserta bersarapan pagi selepas berarak sebelum Forum dimulakan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari. Pihak Persatuan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan kontijen Taman Tasik Biru.

No comments:

Followers