Tuesday, December 24, 2013

GOTONG ROYONG PERDANA DAN HARI KITAR SEMULA 2013

Pada 22 hb Disember 2013 telah berlangsung Program Gotong Royong Perdana dan Hari Kitar Semula 2013 anjuran Persatuan Penduduk dan KRT Taman Tasik Biru. Bertempat di padang JTB8 dan 7, majlis bermula pada pukul 9.30 pagi selepas semua penduduk bersarapan bersama-sama.Pengerusi Persatuan En. Hussain bin Ismail merangkap pengerusi majlis pada pagi itu mengalu-alukan kedatangan semua penduduk yang hadir. Majlis dirasmikan oleh En Azman bin Yaakob Pengerusi Jawatankuasa DUN Kuang, yang turut memberikan sumbangan kepada program ini.Gimik pelancaran program ialah penyampaian sekotak air mineral dan plastik sampah kepada 15 wakil jalan di dalam taman.
Pihak Persatuan dan KRT ingin menyampaikan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Selayang yang menghantar tong dan lori sampah bergerak, unit pemotong pokok dan unit kitar semula dan tidak lupa kepada Balai Bomba Sungai Buloh yang hadir bersama jentera untuk menyembur longkang yang tersumbat. Program yang mendapat sambutan daripada penduduk ini boleh dikatakan mencapai objektif pihak penganjur untuk menjadikan persekitaran taman lebih bersih dan selesa.













Tuesday, October 22, 2013

PEMASANGAN UNIT CCTV DI KAWASAN TAMAN

Pemasangan 6 unit CCTV di dua lokasi simpang utama dalam taman telah selesai dijalankan yang terakhir pada 19 hb Oktober 2013 yang lalu. Simpang yang terlibat ialah persimpangan JTB1 dan JTB2 dan persimpangan JTB8. Rumah penduduk yang membenarkan CCTV ini dipasang ialah rumah En Amaran,  JTB2 dan rumah En. Sulmi ,JTB8.
Dengan pemasangan CCTV ini diharapkan ianya dapat mencegah kejadian jenayah dari berlaku di dalam kawasan komuniti kita, disamping merekodkan sebarang tindak tanduk awal penjenayah. Penduduk juga disarankan supaya lebih berhati-hati dan peka dengan keadan persekitaran.

Tuan rumah memantau kerja-kerja persediaan

Jenis CCTV yang digunakan

Pemasangan sedang dilakukan oleh kontraktor

3 unit yang siap dipasang

Arah CCTV yang ditala ke 3 lokasi berbeza

Tuesday, September 10, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA TMN TASIK BIRU 2013

Majlis tersebut telah diadakan pada 08.09.2013 Ahad secara anjuran bersama oleh 3 entiti taman iaitu Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru, KRT dan Surau Tasik Biru. Sebanyak 3 buah khemah ditempah untuk program ini. Kerja-kerja gotong royong memasak dijalankan seawal jam 8.00 pagi secara berkumpulan di lokasi tertentu. Antaranya di rumah Pn Rozana JTB13, rumah Pn. Nor Baizura JTB4 dan proses memasak sup dilakukan di padang oleh kumpulan diketuai oleh Pn. Hapipah.

Tetamu yang hadir menjamu selera

Wakil dari Balai Polis Kundang
Deretan makanan yang disediakan
Aiskrim percuma!

Tetamu mengambil makanan dibantu oleh AJK bertugas


Penat 2 petugas melayan kanak-kanak
Pengerusi Persatuan dan Imam 1 Surau

Sibuk bercerita soal keselamatan komuniti

AJK bertugas posing sebelum majlis bermula
Terima kasih Pn. Liza...bertugas sampai akhir majlis


Antara yang hadir lewat petang

Kombinasi yang muda dan yang lama

Orang kuat rendang petang itu

Hujan bukan halangan penduduk meraikan majlis

Pihak lelaki menjalankan urusan menyiapkan lokasi majlis seperti kedudukan khemah, `setting` kerusi meja dan sebagainya.Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan dari penduduk walaupun hujan turun agak lebat. Kemuncak majlis diserikan dengan kehadiran anggota Balai Polis Kundang sebagai tanda ucapan terima kasih dari penduduk taman kerana mengawasi keselamatan taman ketika cuti perayaan lalu.
Proses layan diri bermula....

Pengerusi pun sama naik..alamak! sama kaler dengan kain meja
Tuan Kamarul, En Amir dan En Awang
Barisan anggota Muslimah surau turut membantu
AJK yang paling banyak membantu...terima kasih

Antara juadah yang menyelerakan

Galeri bergambar : Majlis Berbuka Puasa Anjuran Persatuan Penduduk Tmn Tasik Biru 2013

Majlis Berbuka Puasa Anjuran Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru telah diadakan pada 24 Ogos,2013 di surau Tasik Biru. Kerja-kerja penyediaan makanan dilakukan secara gotong-royong oleh AJK persatuan dan penduduk taman yang sudi membantu. Seawal jam 10.00 pagi kerja penyediaan bahan dilakukan oleh pihak wanita dan kerja membakar ikan bermula jam 2.00 petang. Antara lain, tugas membersihkan kawasan sekitar surau turut dijalankan.Majlis dimulakan pada pukul 7.00 malam dengan bacaan Tahlil dan doa selamat oleh Imam Arif bin Talib. Hanya En. Azman bin Yaakob selaku Penyelaras DUN Kuang (Kerajaan Negeri) yang berkelapangan menghadirkan diri ke majlis ini.
Antara menu yang disediakan ialah IKAN BAKAR BERSAMBAL, AIR ASAM UTARA, MASAK LEMAK UDANG BERSAMA NENAS, KERABU KERANG/PUCUK PAKU, TELUR MASIN, ULAM-ULAMAN, KUIH MUIH, BUAH-BUAHAN DAN AISKRIM SEBAGAI PENCUCI MULUT.
AJK Biro Wanita dan Muslimah Surau menyediakan bahan memasak

Tugasan membasuh ikan

Alhamdulillah ada pakar bakar ikan membantu

Alih-alih jangan tak alih..bang!

Khusyuk menyiapkan tugasan

Tugasan terakhir wanita

Imam Arif bin Talib menerajui bacaan tahlil

Anak-anak turut sama berbuka di surau

Jemaah sedang menikmati hidangan berbuka

Kanak-kanak beratur mendapatkan aiskrim yang disediakan

Antara orang kuat Biro Wanita

Followers