Tuesday, January 17, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG ROTI GARDENIA, SHAH ALAM

Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kilang Roti Gardenia, Shah Alam. Lawatan ini akan memberikan pendedahan proses pembuatan pelbagai jenis roti yang dikeluarkan oleh kilang Gardenia dan aliran peringkat pembuatan hingga ke pembungkusan. Pendedahan yang sangat baik, bukan saja kepada golongan dewasa tetapi juga kanak-kanak.
Butiran lawatan adalah seperti berikut :

TARIKH   :   18.02.2012 . SABTU
MASA      :    7.30 PAGI ( BERKUMPUL)
TEMPAT  :   MEDAN PARKIR LOT KEDAI

*  Terbuka kepada semua ahli persatuan.
*  Setiap ahli boleh membawa 2 orang ahli keluarga.
*  Kanak-kanak 4 tahun kebawah tidak dibenarkan turut serta ( arahan pihak Gardenia)
*  Tawaran dibuka kepada ahli yang belum pernah mengikuti lawatan yang sama sebelum ini. PERCUMA
*  Selepas lawatan ke kilang peserta akan dibawa melawat Muzium Selangor.
*  Tempat adalah terhad - siapa cepat, dia dapat.
* Pertanyaan sila hubungi wakil jalan/ Pengerusi Persatuan.

Dibawah ini ialah gambar-gambar sekitar lawatan tersebut :




Followers