Tuesday, March 27, 2012

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS GOTONG ROYONG DAN HARI KITAR SEMULA 2012





Alhamdulillhah.....Majlis Gotong Royong Perdana dan Hari Kitar Semula selesai diadakan di Taman Tasik Biru. Pada pagi Ahad tersebut ramai penduduk yang keluar seawal 7.30 pagi walaupun taklimat akan diberikan lewat setengah jam iaitu pada pukul 8.00 pagi.. Selesai taklimat, penduduk bersarapan bersama-sama sebelum bersurai ke lorong masing-masing untuk menjalankan `tugas`. Dapat diperhatikan semangat bersatu padu dan bekerjasama di kalangan penduduk yang terlibat membersihkan lorong belakang rumah masing-masing. Namun, berlaku sedikit kekalutan apabila lori sampah yang mengangkut sampah dari jalan 1.2 dan 3 mengalami kerosakan di kawasan buangan di Gombak. Pengerusi En. Hussain bin Ismail cuba mendapatkan lori back up dan dijanjikan oleh pegawai MPS terbabit pada hari Rabu pagi masalah akan selesai. (...dan akhirnya lori sampah hadir dengan 19 orang pekerja). Tahniah kepada lorong terbersih dan insyaAllah program ini akan diadakan lagi dimasa akan datang.

Tuesday, March 13, 2012

Gotong Royong Perdana dan Hari Kitar Semula

GOTONG ROYONG PERDANA DAN HARI KITAR SEMULA
Anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Tasik Biru dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPTTB dan Surau

Tarikh    :    25.03.2012. Hari Ahad
Masa     :    7.30 pagi ( Perasmian) / 9.00 pagi ( Bermula)
Tempat  :    Medan Parkir Lot Kedai TTB

Aturcara sebelah pagi :  Senamrobik dan bersarapan

*   Penyertaan Bomba Sg Buloh dan Unit Kitar Semula Majlis Perbandaran Selayang
*   Hamper untuk dimenangi bagi 3 jalan TERBERSIH
*   Tukarkan barang dengan WANG TUNAI :
suratkhabar  #  kotak  #  botol/bekas plastik (syampu @ minyak)  #  tin besi  #  kertas A4  #  kertas warna  #
kertas majalah
Dapatkan butiran lanjut dengan mendail nombor 019 6417230 ( En Raffikit) dan 013 3395301 (En Hussain )

Followers