Sunday, August 12, 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Semua Ahli Jawatankuasa PPTTB mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 kepada semua muslimin dan muslimat, penduduk Taman Tasik Biru khususnya. Selamat pulang ke kampong dan semoga selamat kembali.Selamat berumah terbuka dan menjalin ikatan silaturrahim yang berpanjangan.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, August 3, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK TMN TASIK BIRU DAN KRT

Pada 28 hb Julai, 2012 telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Penduduk dan KRT Taman Tasik Biru. Penyediaan makanan bermula pada pukul 2.00 petang oleh muslimin dan muslimat yang hadir. Menu makanan yang disediakan ialah GULAI KAMBING, AYAM GORENG BEREMPAH, MASAK LEMAK NENAS DAN IKAN MASIN, TELUR ASIN DAN ULAM-ULAMAN KAMPONG  disamping kuih muih dan buah-buahan pencuci mulut.
Majlis dimulai pada pukul 7.00 malam dengan bacaan tahlil dan doa selamat di pimpin oleh bendahari persatuan Ust Najmuddin bin Ya, dikuti ucapan ringkas oleh Pengerusi Persatuan En. Hussain dan bacaan doa oleh imam Arif. Sebaik azan dilaungkan, semua jemputan berbuka dengan hidangan ringan sebelum beredar ke dewan solat mengerjakan solat maghrib berjemaah. Majlis makan meriah dengan gelagat jemaah yang hadir sambil bergurau senda antara satu sama lain.




Pihak Persatuan dan KRT ingin menyampaikan ucapan reibuan terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga dan juadah bagi menjayakan majlis ini. Assalamualaikum.

Followers