Monday, June 18, 2012

MESYUARAT BIL 2/2012 SESI 2012/2013 / BAJU KORPORAT


Pada 16.06.2012 telah berlangsung Mesyuarat seperti yang dinyatakan di atas. Mesyuarat khusus untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit dan perancangan aktiviti dalam bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Beberapa perkara telah dapat diputuskan sebulat suara di antaranya rancangan untuk menganjurkan Majlis Berbuka Puasa, Sambutan Hari Raya, pembelian kontena untuk dijadikan pejabat persatuan, aktiviti wanita dan isu-isu lain berkaitan keselamatan. Di akhir mesyuarat, Tuan Pengerusi mengagihkan baju korporat kepada AJK yang hadir. Baju korporat ini adalah hasil daripada peruntukan yang diterima daripada  sumbangan pihak yang berkenaan.

KELAS LATIHAN KOMPANG PPTTB




Mulai 01.06.2012 Kelas Latihan Kompang telah diadakan di Taman Tasik Biru. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan baru kepada kanak-kanak dan remaja Taman supaya meluangkan masa membuat perkara yang lebih mendatangkan faedah disamping bergaul dengan rakan sebaya serta merapatkan jurang komunikasi sesama mereka. Tenaga Pengajar didatangkan khas dari Kampong Setia di bawah Kumpulan Kompang Sinar 12. Seramai 20 orang pelatih terlibat dalam kelas sesi pertama ini. Adalah diharapkan inisiatif ini mendapat kerjasama semua pihak terutama ibubapa pelatih terbabit. Latihan diadakan setiap hari Jumaat mula pada pukul 9.30malam , berlangsung selama 1 jam.

Followers