Saturday, January 30, 2010

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK BIRU (PPTTB) 2010 KALI PERTAMA PADA 17HB JANUARI 2010







TAHNIAH....Kepada semua ahli Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru (PPTTB) kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung kali Pertama pada 17hb Januari 2010 yang lalu...



Untuk Makluman pada Mesyuarat Agung tesebut telah dihadiri seramai 127 ahli persatuan yang berdaftar dengan PPTTB dan dengan jumlah itu pihak PPTTB layak mengadakan mesyuarat tersebut seperti yang telah disyaratkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).....Terima Kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan mesyuarat tersebut dengan penuh jayanya...

DAN TAHNIAH.....juga diucapkan kepada Ahlijawatankuasa baru yang telah terpilih bagi dua penggal 2010 dan 2011 seperti yang telah dipersetujui ....

TERIMA KASIH JUGA diucapkan......kepada semua tetamu-tetamu jemputan yang sudi hadir dan turut sama merasmikan Mesyuarat Agung tersebut secara spontan dengan memotong "RIBBON PERASMIAN"............

Tuesday, January 5, 2010

Dari meja Pengerusi Persatuan.................(3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.................

Kepada semua ahli PPTTB dan penduduk Taman Tasik Biru, saya harap masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru ini juga mencerminkan diri kita yang serba baru dari semua aspek dalam kehidupan sehari-hari. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, 2 minggu lagi kita akan mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama. Mesyuarat dimana Tuan/Puan diberi kuasa untuk menentukan barisan Ahli Jawatankuasa baru untuk sesi 2010/2011. Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah bertungkus lumus membuat persiapan termasuk membuat dan menghantar surat jemputan untuk semua ahli.....syabas untuk semua.
Bagi pihak saya, dengan keterbatasan masa , semua urusan cuba dilakukan sebaik mungkin, namun sebagai manusia kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, saya dan AJK mohon maaf. Pengalaman pertama pasti akan lebih sempurna di pengalaman kedua nanti(...AJK baru!)
Apa yang ingin saya nyatakan, marilah sama-sama kita bermesyuarat dalam suasana yang harmoni, jauh dari perasaan hasad dan irihati dan semoga keikhlasan diri akan mempengaruhi keputusan yang akan kita buat. Tidak kira siapa yang dilantik, komitmen haruslah diberi kepada persatuan milik semua ini. Semoga Taman ini akan terus kekal sebagai tanah yang kita pijak, langitnya yang akan sentiasa kita junjung dalam meneruskan kehidupan ini.

SELAMAT BERMESYUARAT........JUMPA LAGI.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Assaalamualaikum.....Salam Sejahtera untuk semua khususnya ahli PPTTB..Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..
Untuk Makluman semua ahli PPTTB yang berdaftar jangan lupa menghadiri "Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru pada 17hb Januari 2010 Ahad Jam 9.00Pagi di Hadapan Surau Taman Tasik Biru Jalan tasik Biru 5,bagi memilih pemimpin anda bagi sesi 2010/2011. Pastikan anda membawa bersama Kad Jemputan Ke Mesyuarat Agung bersama-sama dengan Kad Pengenalan anda, yang telah diedarkan pada 4hb Januari 2010. SELAMAT MENGUNDI........

Followers