Tuesday, January 5, 2010

Dari meja Pengerusi Persatuan.................(3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.................

Kepada semua ahli PPTTB dan penduduk Taman Tasik Biru, saya harap masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru ini juga mencerminkan diri kita yang serba baru dari semua aspek dalam kehidupan sehari-hari. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, 2 minggu lagi kita akan mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama. Mesyuarat dimana Tuan/Puan diberi kuasa untuk menentukan barisan Ahli Jawatankuasa baru untuk sesi 2010/2011. Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah bertungkus lumus membuat persiapan termasuk membuat dan menghantar surat jemputan untuk semua ahli.....syabas untuk semua.
Bagi pihak saya, dengan keterbatasan masa , semua urusan cuba dilakukan sebaik mungkin, namun sebagai manusia kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, saya dan AJK mohon maaf. Pengalaman pertama pasti akan lebih sempurna di pengalaman kedua nanti(...AJK baru!)
Apa yang ingin saya nyatakan, marilah sama-sama kita bermesyuarat dalam suasana yang harmoni, jauh dari perasaan hasad dan irihati dan semoga keikhlasan diri akan mempengaruhi keputusan yang akan kita buat. Tidak kira siapa yang dilantik, komitmen haruslah diberi kepada persatuan milik semua ini. Semoga Taman ini akan terus kekal sebagai tanah yang kita pijak, langitnya yang akan sentiasa kita junjung dalam meneruskan kehidupan ini.

SELAMAT BERMESYUARAT........JUMPA LAGI.

No comments:

Followers