Tuesday, March 27, 2012

GAMBAR-GAMBAR MAJLIS GOTONG ROYONG DAN HARI KITAR SEMULA 2012





Alhamdulillhah.....Majlis Gotong Royong Perdana dan Hari Kitar Semula selesai diadakan di Taman Tasik Biru. Pada pagi Ahad tersebut ramai penduduk yang keluar seawal 7.30 pagi walaupun taklimat akan diberikan lewat setengah jam iaitu pada pukul 8.00 pagi.. Selesai taklimat, penduduk bersarapan bersama-sama sebelum bersurai ke lorong masing-masing untuk menjalankan `tugas`. Dapat diperhatikan semangat bersatu padu dan bekerjasama di kalangan penduduk yang terlibat membersihkan lorong belakang rumah masing-masing. Namun, berlaku sedikit kekalutan apabila lori sampah yang mengangkut sampah dari jalan 1.2 dan 3 mengalami kerosakan di kawasan buangan di Gombak. Pengerusi En. Hussain bin Ismail cuba mendapatkan lori back up dan dijanjikan oleh pegawai MPS terbabit pada hari Rabu pagi masalah akan selesai. (...dan akhirnya lori sampah hadir dengan 19 orang pekerja). Tahniah kepada lorong terbersih dan insyaAllah program ini akan diadakan lagi dimasa akan datang.

No comments:

Followers