Wednesday, March 17, 2010

Dari meja Pengerusi Persatuan........

Assalamualaikum....

Kepada semua ahli PPTTB. Ini merupakan catatan saya yang pertama selepas Mesyuarat Agung 17 Januari lalu. Masih belum terlewat untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas amanah yang para ahli berikan kepada AJK baru sesi 2010/2011. Kepada AJK lama yang mengekalkan jawatan dan AJK baru dilantik adalah diharapkan dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menggerakkan persatuan.
Untuk makluman ahli, laporan tahunan dan pindaan perlembagaan (fasal 6-berkaitan yuran)telah dihantar dan pihak persatuan masih menunggu keputusan pindaan tersebut. Oleh kerana proses memakan masa 1hingga 2 bulan, kutipan yuran untuk 6 bulan pertama (RM12 )akan di jalankan selepas cuti sekolah.
Dalam menangani isu berkaitan keselamatan, kita turut membantu pihak KRT berkaitan pendaftaran dan jika telah tertubuhnya Kawasan Rukun Tetangga di taman kita diharap dapat atau sekurang-kurangnya mengekang kejadian jenayah. Keselamatan taman, nyawa dan hartabenda adalah tanggungjawab semua penduduk. Saya menyeru kepada semua ketua keluarga supaya mendaftar sebagai peronda keselamatan taman.
Untuk makluman ahli, Kejohanan Badminton Tertutup TTB anjuran Biro Sukan dan Rekreasi akan dimulakan pada 28/03/2010. Bagi peserta yang telah mendaftar, anda akan dihubungi u ntuk makluman tarikh perlawanan regu anda. Takwim aktiviti persatuan untuk tahun ini akan diedarkan tidak lama lagi. Sekian terima kasih........

No comments:

Followers