Sunday, February 26, 2012

Suasana Majlis Mesyuarat Agong Ke 2 PPTTB

Alhamdulillah...dalam kepayahan, kesabaran dan semangat yang tinggi dari semua pihak - Ahli Jawatankuasa PPTTB, maka Mesyuarat Agong Ke 2 berlangsung dengan jayanya. Kehadiran lebih seratus orang ahli termasuk pemerhati menceriakan majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 10.15 pagi..terlewat 15 minit bagi memberi peluang kepada ahli yang baru datang untuk mendaftar. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis En. Anuar bin Baharom, diikuti ucapan pembukaan dan perasmian oleh Pengerusi Persatuan En. Hussain bin Ismail. Pembentangan laporan kewangan dilakukan oleh bendahari En. Hamdan bin Jasin diikuti laporan aktiviti 2 tahun oleh  Tuan Pengerusi. Semua ahli berpuas hati dengan laporan yang dibentangkan. Ketika bahagian hal-hal lain, ahli membangkitkan beberapa perkara diantaranya :
1.  Isu Keselamatan - Kawalan Keselamatan berbayar.
2.  Isu padang permainan dan peralatan.
3.  Mohon penyediaan tong sampah besar oleh Majlis Perbandaran Selayang.
4.  Papantanda `kurangkan laju` di jalan dalam taman.
5.  Isu pokok besar didepan rumah yang perlu dipotong.
6.  Papantanda nama taman di jalan masuk.
Pengerusi memberikan jaminan akan mengambil tindakan tertentu, termasuk berhubung dengan pihak berkenaan contohnya dalam beberapa isu berkaitan dengan Majlis Perbandaran Selayang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik untuk sesi 2012/2013 dan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada AJK 2010/2011 diatas jasa anda sepanjang tempoh perkhidmatan.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis tersebut.



















No comments:

Followers