Tuesday, December 13, 2011

Sukaneka Perpaduan dan Perkelahan KRT Tmn Tasik Biru

Sg Klah Hot Spring, Sungkai. - Pada 12.12.2011 pihak Kawasan Rukun Tetangga Taman Tasik Biru telah mengadakan Sukaneka Perpaduan dan Perkelahan di Kolam Air Panas Sungai Klah Sungkai. Program ini disertai oleh 110 orang peserta yang terdiri dari berbagai lapisan umur termasuk ahli Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru. Para peserta berkumpul seawal jam 6.30 pagi dihadapan medan parkir lot kedai untuk menaiki 2 buah bas Dataran Pintar yang telah sedia menunggu. Perjalanan selama 1 1/2 jam bagaikan tidak terasa apabila bas tiba ke destinasi dengan selamat. Selesai bersarapan, urusetia program bertungkus lumus menyediakan prasarana untuk sukaneka. Berbagai acara menarik disediakan termasuk MEREBUT GULA-GULA, BOLA PING-PONG DALAM SUDU,LARI IKAT KAKI, PEPATUNG, BOWLING KELAPA, LONTARAN KASIH, CABUTAN BERTUAH dan lain-lain.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En Raffikit, Pengerusi KRT. MC pada majlis ini ialah En. Hussain bin Ismail.Makan tengahari disediakan secara pot luck menyajikan perbagai jenis lauk yang dibawa oleh setiap peserta. Semua peserta dibenarkan `menjalani` aktiviti bebas bermula pukul 12.30 tengahari hingga 5.30 petang. Apalagi....JOM MANDI !!!!!!!!Bas bertolak pulang ke Taman Tasik Biru pada lewat petang. Sekalung tahniah kepada pihak KRT atas penganjuran acara ini dan ribuan terima kasih kepada semua urusetia yang terlibat - En Raffikit, En. Hussain, En Johare, En. Joha, En Ramli, En Mohd Sabri, Dr Helmee,En. Sulmi, Pn. Syarina, Pn. Nor Baizura, Pn. Hapipah, Pn. Zakiah, Pn. Noraini, Pn. Rosiah/Roha dan Pn. Suzana. JUMPA LAGI DI TAHUN DEPAN.

No comments:

Followers