Monday, December 30, 2013
Tuesday, December 24, 2013
GOTONG ROYONG PERDANA DAN HARI KITAR SEMULA 2013
Pada 22 hb Disember 2013 telah berlangsung Program Gotong Royong Perdana dan Hari Kitar Semula 2013 anjuran Persatuan Penduduk dan KRT Taman Tasik Biru. Bertempat di padang JTB8 dan 7, majlis bermula pada pukul 9.30 pagi selepas semua penduduk bersarapan bersama-sama.Pengerusi Persatuan En. Hussain bin Ismail merangkap pengerusi majlis pada pagi itu mengalu-alukan kedatangan semua penduduk yang hadir. Majlis dirasmikan oleh En Azman bin Yaakob Pengerusi Jawatankuasa DUN Kuang, yang turut memberikan sumbangan kepada program ini.Gimik pelancaran program ialah penyampaian sekotak air mineral dan plastik sampah kepada 15 wakil jalan di dalam taman.
Pihak Persatuan dan KRT ingin menyampaikan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Selayang yang menghantar tong dan lori sampah bergerak, unit pemotong pokok dan unit kitar semula dan tidak lupa kepada Balai Bomba Sungai Buloh yang hadir bersama jentera untuk menyembur longkang yang tersumbat. Program yang mendapat sambutan daripada penduduk ini boleh dikatakan mencapai objektif pihak penganjur untuk menjadikan persekitaran taman lebih bersih dan selesa.
Tuesday, October 22, 2013
PEMASANGAN UNIT CCTV DI KAWASAN TAMAN
Pemasangan 6 unit CCTV di dua lokasi simpang utama dalam taman telah selesai dijalankan yang terakhir pada 19 hb Oktober 2013 yang lalu. Simpang yang terlibat ialah persimpangan JTB1 dan JTB2 dan persimpangan JTB8. Rumah penduduk yang membenarkan CCTV ini dipasang ialah rumah En Amaran, JTB2 dan rumah En. Sulmi ,JTB8.
Dengan pemasangan CCTV ini diharapkan ianya dapat mencegah kejadian jenayah dari berlaku di dalam kawasan komuniti kita, disamping merekodkan sebarang tindak tanduk awal penjenayah. Penduduk juga disarankan supaya lebih berhati-hati dan peka dengan keadan persekitaran.
Dengan pemasangan CCTV ini diharapkan ianya dapat mencegah kejadian jenayah dari berlaku di dalam kawasan komuniti kita, disamping merekodkan sebarang tindak tanduk awal penjenayah. Penduduk juga disarankan supaya lebih berhati-hati dan peka dengan keadan persekitaran.
Tuan rumah memantau kerja-kerja persediaan |
Jenis CCTV yang digunakan |
Pemasangan sedang dilakukan oleh kontraktor |
3 unit yang siap dipasang |
Arah CCTV yang ditala ke 3 lokasi berbeza |
Tuesday, September 10, 2013
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA TMN TASIK BIRU 2013
Majlis tersebut telah diadakan pada 08.09.2013 Ahad secara anjuran bersama oleh 3 entiti taman iaitu Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru, KRT dan Surau Tasik Biru. Sebanyak 3 buah khemah ditempah untuk program ini. Kerja-kerja gotong royong memasak dijalankan seawal jam 8.00 pagi secara berkumpulan di lokasi tertentu. Antaranya di rumah Pn Rozana JTB13, rumah Pn. Nor Baizura JTB4 dan proses memasak sup dilakukan di padang oleh kumpulan diketuai oleh Pn. Hapipah.
Pihak lelaki menjalankan urusan menyiapkan lokasi majlis seperti kedudukan khemah, `setting` kerusi meja dan sebagainya.Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan dari penduduk walaupun hujan turun agak lebat. Kemuncak majlis diserikan dengan kehadiran anggota Balai Polis Kundang sebagai tanda ucapan terima kasih dari penduduk taman kerana mengawasi keselamatan taman ketika cuti perayaan lalu.
Tetamu yang hadir menjamu selera |
Wakil dari Balai Polis Kundang |
Deretan makanan yang disediakan |
Aiskrim percuma! |
Tetamu mengambil makanan dibantu oleh AJK bertugas |
Penat 2 petugas melayan kanak-kanak |
Pengerusi Persatuan dan Imam 1 Surau |
Sibuk bercerita soal keselamatan komuniti |
AJK bertugas posing sebelum majlis bermula |
Terima kasih Pn. Liza...bertugas sampai akhir majlis |
Antara yang hadir lewat petang |
Kombinasi yang muda dan yang lama |
Orang kuat rendang petang itu |
Hujan bukan halangan penduduk meraikan majlis |
Pihak lelaki menjalankan urusan menyiapkan lokasi majlis seperti kedudukan khemah, `setting` kerusi meja dan sebagainya.Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan dari penduduk walaupun hujan turun agak lebat. Kemuncak majlis diserikan dengan kehadiran anggota Balai Polis Kundang sebagai tanda ucapan terima kasih dari penduduk taman kerana mengawasi keselamatan taman ketika cuti perayaan lalu.
Proses layan diri bermula.... |
Pengerusi pun sama naik..alamak! sama kaler dengan kain meja |
Tuan Kamarul, En Amir dan En Awang |
Barisan anggota Muslimah surau turut membantu |
AJK yang paling banyak membantu...terima kasih |
Antara juadah yang menyelerakan |
Galeri bergambar : Majlis Berbuka Puasa Anjuran Persatuan Penduduk Tmn Tasik Biru 2013
Majlis Berbuka Puasa Anjuran Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru telah diadakan pada 24 Ogos,2013 di surau Tasik Biru. Kerja-kerja penyediaan makanan dilakukan secara gotong-royong oleh AJK persatuan dan penduduk taman yang sudi membantu. Seawal jam 10.00 pagi kerja penyediaan bahan dilakukan oleh pihak wanita dan kerja membakar ikan bermula jam 2.00 petang. Antara lain, tugas membersihkan kawasan sekitar surau turut dijalankan.Majlis dimulakan pada pukul 7.00 malam dengan bacaan Tahlil dan doa selamat oleh Imam Arif bin Talib. Hanya En. Azman bin Yaakob selaku Penyelaras DUN Kuang (Kerajaan Negeri) yang berkelapangan menghadirkan diri ke majlis ini.
Antara menu yang disediakan ialah IKAN BAKAR BERSAMBAL, AIR ASAM UTARA, MASAK LEMAK UDANG BERSAMA NENAS, KERABU KERANG/PUCUK PAKU, TELUR MASIN, ULAM-ULAMAN, KUIH MUIH, BUAH-BUAHAN DAN AISKRIM SEBAGAI PENCUCI MULUT.
Antara menu yang disediakan ialah IKAN BAKAR BERSAMBAL, AIR ASAM UTARA, MASAK LEMAK UDANG BERSAMA NENAS, KERABU KERANG/PUCUK PAKU, TELUR MASIN, ULAM-ULAMAN, KUIH MUIH, BUAH-BUAHAN DAN AISKRIM SEBAGAI PENCUCI MULUT.
AJK Biro Wanita dan Muslimah Surau menyediakan bahan memasak |
Tugasan membasuh ikan |
Alhamdulillah ada pakar bakar ikan membantu |
Alih-alih jangan tak alih..bang! |
Khusyuk menyiapkan tugasan |
Tugasan terakhir wanita |
Imam Arif bin Talib menerajui bacaan tahlil |
Anak-anak turut sama berbuka di surau |
Jemaah sedang menikmati hidangan berbuka |
Kanak-kanak beratur mendapatkan aiskrim yang disediakan |
Antara orang kuat Biro Wanita |
Subscribe to:
Posts (Atom)