Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan keizinannya, kita masih bernafas untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru yang ditunjangi barisan Ahli Jawatankuasanya mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan, berpuasa dan mempertingkatkan ibadah kepada semua penduduk taman.
Untuk makluman, pihak Persatuan dan KRT akan mengadakan majlis berbuka puasa pada 28.07.2012. Semua penduduk beserta keluarga dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut. Manakala majlis sambutan Hari Raya pula akan kita adakan pada 02.09.2012 bersama KRT dan Surau Tasik Biru.
Sukacita juga dimaklumkan, Surau juga menyediakan perbagai aktiviti dalam bulan Ramadhan ini antaranya tazkirah, berbuka puasa harian, tadarus, kuliah suboh, qiamullail dan lain-lain. Bersama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment