Thursday, September 27, 2012

KEMALANGAN BERLAKU LAGI....LALUAN UTAMA TTB

Pada pagi Jumaat 28.09.2012 pukul 7.25 pagi berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di laluan utama masuk ke Taman Tasik Biru. Laluan selekoh berkembar itu dikenalpasti sebagai punca kepada kemalangan2 kecil sebelum ini. Bahagian sisi kereta Iswara tersebut remuk manakala motosikal juga mengalami kerosakan.Walaupun tidak melibatkan kecederaan parah, perkara ini tidak bpleh dipandang ringan. Pihak Persatuan akan mengajukan aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang dan kontraktor terbabit agar satu tindakan positif dapat diambil.



Dalam masa yang sama. semua penduduk diminta berhati-hati menggunakan jalan tersebut terutama ketika hari hujan sehingga tindakan penambahbaikan diambil oleh pihak berkenaan.

Tuesday, September 25, 2012

SUKANEKA PERPADUAN K.R.T. 2012

Pada 23.09.2012 hari Ahad telah berlangsung Sukaneka Perpaduan 2012 anjuran KRT Taman Tasik Biru, Kundang. Program ini telah diadakan dikawasan lapang diperkarangan surau Tasik Biru. Pendaftaran peserta telah dijalankan pada pukul 8.00 pagi dan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengerusi KRT Tn Hj Rosman  pada pukul 9.00 pagi. Pengunjung yang hadir disediakan sarapan pagi oleh pihak penganjur.











Berbagai acara menarik disediakan merangkumi semua peringkat usia diantaranya REBUT GULA-GULA, ISI AIR DALAM BOTOL, BOLING KELAPA, STRAW DAN GETAH, BALINGAN KASIH, LARI IKAT KAKI, LUMBA MUMIA, TARIK TALI , MENUNGGANG KUDA PERCUMA dan berbagai lagi. Hadiah menarik disediakan untuk para pemenang termasuk cabutan bertuah. Majlis berakhir selepas makan tengahari pada pukul 1.00 petang. Semoga dengan kombinasi program oleh pihak Persatuan dan KRT akan menambahkan keharmonian dan suasana ceria komuniti penduduk Taman Tasik Biru.

Tuesday, September 18, 2012

KAYUHAN HARI MALAYSIA 2012

Pada 16.09.2012 hari Ahad bersempena dengan Hari Malaysia, Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru melalui Biro Sukan dan Rekreasi  dan Biro Kebudayaan telah menganjurkan Program Kayuhan Hari Malaysia 2012. Program ini telah menarik penyertaan kanak-kanak serta remaja taman seramai 30 orang dengan dibantu oleh 10 orang marshall dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita.
Walaupun hujan turun pada pagi ahad tersebut, ia tidak menghalang peserta untuk berkumpul di medan parkir lot kedai pada pukul 7.30 pagi. Agenda pada hari ini adalah kayuhan ke Perkampongan Orang Asli Sungai Serai Kuang, perlawanan bolasepak persahabatan dan bersantai di sungai/jeram berhampiran.
Tepat masa yang ditetapkan peserta memulakan aktiviti kayuhan dengan diiringi oleh kereta peronda dari Balai Polis Kuang dan pengawasan marshall dari kalangan anggota SRS KRT.
Perjalanan amat lancar dengan sekali sekala kereta peronda membunyikan siren. Selepas berhenti rehat selama 15 minit, para peserta mula berkayuh dan tiba ditempat yang dituju pada pukul 9.45 pagi. Rombongan di sambut oleh En Jamal, Pengerusi JKKK. Perlawanan bolasepak persahabatan antara remaja Taman Tasik Biru dan Remaja Orang Asli berakhir dengan kemenangan di pihak Tasik Biru 5 - 1.
AJK Biro Wanita menyediakan ais krim yang dibawa untuk kanak-kanak orang asli disamping mengedarkan bungkusan nasi ayam kepada semua peserta dan urusetia.
Penyampaian 2 bungkusan hamper dibuat dihadapan Balai Ilmu oleh Pengerusi Persatuan En. Hussain bin Ismail kepada En. Jamal sebagai ucapan terima kasih kerana sudi menerima kedatangan peserta ke kampong beliau. Semua anggota rombongan kemudian bergerak ke sungai berhampiran untuk menyegarkan badan. Aktiviti di Perkampongan Orang Asli ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan peserta bergerak pulang dengan diiringi sekali lagi oleh kereta peronda.
















Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutama anggota dari Balai Polis Kuang kerana terlibat menjayakan program yang di atur ini. TERIMA KASIH.

Wednesday, September 12, 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA TAMAN TASIK BIRU 2012

Majlis Rumah Terbuka Raya Taman Tasik Biru hasil gabungan 3 entiti taman iaitu Persatuan, KRT dan Surau telah selamat diadakan pada 08.09.2012 hari Sabtu, bermula jam 2 petang. Pada tahun ini penyediaan menu utama iaitu gulai kambing kawah, bihun sup dan lontong disediakan secara gotong royong oleh Ahli Jawatankuasa dan penduduk.. Kerja-kerja merewang bermula seawal 9 pagi dimana golongan wanita menyediakan bahan-bahan masakan manakala pihak lelaki pula memotong dan  mempersiapkan peralatan untuk memasak 2 ekor kambing. Sebahagian AJK bertugas di bahagian khemah melibatkan hiasan dan susunatur meja manakala pengerusi persatuan, KRT dan surau berada di lokasi memantau dan membantu kerja-kerja yang dijalankan. Ternyata sikap kerjasama dan tolong menolong begitu terserlah dikalangan warga TTB.
Majlis bermula agak lewat sedikit iaitu pada pukul 2.45 petang kerana urusan mengangkut bahan yang dimasak dari surau. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Mohd Sabri bin Mohd Raji diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Persatuan En Hussain bin Ismail dan Pengerusi Surau Tn Hj. Nik Yusof. Selesai ucapan, majlis dimulakan. Antara menu yang dihidangkan ialah NASI PUTIH, GULAI KAMBING DAN ACAR, MI-BIHUN SUP, SATE AYAM, LONTONG, LAKSA UTARA, KUIH, BUAH-BUAHAN DAN 2 TONG AISKRIM. Jamuan makan disusuli dengan nyanyian karaoke lagu raya dan cabutan bertuah.














Majlis berakhir pada pukul 5.45 petang. Pihak Persatuan ingin menyampaikan penghargaan kepada semua AJK dan penduduk yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

Followers