Pada 23.09.2012 hari Ahad telah berlangsung Sukaneka Perpaduan 2012 anjuran KRT Taman Tasik Biru, Kundang. Program ini telah diadakan dikawasan lapang diperkarangan surau Tasik Biru. Pendaftaran peserta telah dijalankan pada pukul 8.00 pagi dan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengerusi KRT Tn Hj Rosman pada pukul 9.00 pagi. Pengunjung yang hadir disediakan sarapan pagi oleh pihak penganjur.
Berbagai acara menarik disediakan merangkumi semua peringkat usia diantaranya REBUT GULA-GULA, ISI AIR DALAM BOTOL, BOLING KELAPA, STRAW DAN GETAH, BALINGAN KASIH, LARI IKAT KAKI, LUMBA MUMIA, TARIK TALI , MENUNGGANG KUDA PERCUMA dan berbagai lagi. Hadiah menarik disediakan untuk para pemenang termasuk cabutan bertuah. Majlis berakhir selepas makan tengahari pada pukul 1.00 petang. Semoga dengan kombinasi program oleh pihak Persatuan dan KRT akan menambahkan keharmonian dan suasana ceria komuniti penduduk Taman Tasik Biru.
1 comment:
Post a Comment