Sunday, June 23, 2013

Gambar-gambar Percutian Keluarga ke Pulau Pangkor anjuran Biro Wanita

Pada pagi hari Sabtu 22.06.2013 seawal 7.00 pagi peserta rombongan telah berkumpul di depan Restoran mamak Alfah. Satu persatu keluarga yang terlibat datang menggendong peralatan dan beg yang akan dibawa. Keseronokan diserlahkan oleh jeritan dan tawa hilai anak-anak.
Tepat jam 7.30 pagi bas mula bertolak sebaik doa dibaca oleh Tn Hj Isron Hanifah. En Hussain selaku ketua rombongan, memberikan serba sedikit taklimat tentang perjalanan hari ni.Perjalanan  melalui Lebuhraya Utara Selatan sebelum keluar susur Sungkai. Lebih kurang pukul 11.00 pagi bas sampai ke jeti Marina Lumut - tempat peserta akan menaiki feri.
Bas berhenti di tempat rekreasi di tepian laut kerana peserta akan makan tengahari secara berkelah disitu. Golongan wanita yang sibuk memunggah lauk pauk yang dibawa masing-masing. MasyaAllah!!...walaupun diminta bawa seorang sejenis saja lauk namun juadah tengahari itu diluar jangkaan - berbagai pilihan.
tepat jam 1.00 tengahari semua peserta menaiki feri ke PULAU PANGKOR ( kat sini je dulu cerita, selebihnya tengok gambar dibawah ye..)
Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan

Persiapan untuk makan tengahari

Mari! mari! pilih lauk...rambang mata dah!!!

Semangat kerjasama - bantu cedok lauk. masing-masing

Laluan menaiki feri

Barisan pemancing berkaliber

Sabar dalam perjalanan...8 minit je Cik Kiah oiiii

Dihadapan Tugu Belanda

Shopping dulu untuk bekalan Ramadhan

Persiapan untuk menduga ikan pantai

Anak-anak dah tak sabar mandi laut

Persiapan untuk BBQ malam nanti

Petugas BBQ

Posing waktu pagi sebelum breakfast disediakan

Sempat lagi sambung BBQ semalam

Sarapan pagi sambil diperhatikan `keluarga` monyet

Gunalah ubat gigi Colgate....

Sukanya dia....pusing pulau

Geng muslimah surau TTB berendam

Sukan bola air

Kenangan di D`Senja Beach Resort.

Menunggu menaiki feri selepas selesai shopping

Kenangan berlatarbelakangkan jerebu di Pangkor

Tuesday, June 11, 2013

PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA KE PULAU PANGKOR

BIRO WANITA Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru akan mengadakan lawatan/percutian keluarga ke Pulau Pangkor. Penyertaan telah dibuka kepada semua penduduk samada AHLI/BUKAN AHLI. Tarikh tutup yang berakhir pada 09.06.2013 Ahad lalu telah menarik penyertaan sebanyak 11 keluarga. Adalah diharapkan program ini dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan jiran dan memelihara hubungan kekeluargan yang erat sesama ahli keluarga masing-masing.

Berikut ialah aturcara lawatan pada hari tersebut:
22.06.2013 Sabtu
07.00 pagi  - Berkumpul di Lot Kedai Taman Tasik Biru
07.30 pagi - Bertolak dengan bas ke jeti Lumut (Marina)
11.30 pagi - Dijangka sampai di jeti Marina Lumut
Makan tengahari secara berkelah beramai-ramai. Potluck - setiap keluarga bawa makanan dan  share bersama. Contoh bawa nasi dan satu/dua jenis lauk)
01.00 ptg  - Naik feri ke Pangkor
01.30 tgh  - Sampai ke Pangkor. Solat Zohor/ Naik kenderaan untuk pusing pulau. Destinasi pelancongan popular.
04.00 ptg  - Check-in di D`Senja Beach Resort
8.00 mlm  - Makan malam/BBQ/aktiviti santai.

23.06.2013 Ahad
07.30 pagi - Sarapan pagi (disediakan)/Aktiviti pantai
11.30 pagi - Makan tengahari (sendiri)
12.30 tgh - Bertolak ke Jeti Pangkor/Shopping
03.00 ptg - Naik feri ke jeti Lumut
03.30 ptg - Dijangka sampai ke jeti Lumut/Shoppping....lagi?
05.00 ptg - Bertolak ke Tmn Tasik Biru
LAWATAN TAMAT
Pantai Teluk Nipah

Pemandangan dari chalet

Salah sebuah bilik penginapan


Followers