Tepat jam 7.30 pagi bas mula bertolak sebaik doa dibaca oleh Tn Hj Isron Hanifah. En Hussain selaku ketua rombongan, memberikan serba sedikit taklimat tentang perjalanan hari ni.Perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan sebelum keluar susur Sungkai. Lebih kurang pukul 11.00 pagi bas sampai ke jeti Marina Lumut - tempat peserta akan menaiki feri.
Bas berhenti di tempat rekreasi di tepian laut kerana peserta akan makan tengahari secara berkelah disitu. Golongan wanita yang sibuk memunggah lauk pauk yang dibawa masing-masing. MasyaAllah!!...walaupun diminta bawa seorang sejenis saja lauk namun juadah tengahari itu diluar jangkaan - berbagai pilihan.
tepat jam 1.00 tengahari semua peserta menaiki feri ke PULAU PANGKOR ( kat sini je dulu cerita, selebihnya tengok gambar dibawah ye..)
Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan |
Persiapan untuk makan tengahari |
Mari! mari! pilih lauk...rambang mata dah!!! |
Semangat kerjasama - bantu cedok lauk. masing-masing |
Laluan menaiki feri |
Barisan pemancing berkaliber |
Sabar dalam perjalanan...8 minit je Cik Kiah oiiii |
Dihadapan Tugu Belanda |
Shopping dulu untuk bekalan Ramadhan |
Persiapan untuk menduga ikan pantai |
Anak-anak dah tak sabar mandi laut |
Persiapan untuk BBQ malam nanti |
Petugas BBQ |
Posing waktu pagi sebelum breakfast disediakan |
Sempat lagi sambung BBQ semalam |
Sarapan pagi sambil diperhatikan `keluarga` monyet |
Gunalah ubat gigi Colgate.... |
Sukanya dia....pusing pulau |
Geng muslimah surau TTB berendam |
Sukan bola air |
Kenangan di D`Senja Beach Resort. |
Menunggu menaiki feri selepas selesai shopping |
Kenangan berlatarbelakangkan jerebu di Pangkor |