Tuesday, September 18, 2012

KAYUHAN HARI MALAYSIA 2012

Pada 16.09.2012 hari Ahad bersempena dengan Hari Malaysia, Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru melalui Biro Sukan dan Rekreasi  dan Biro Kebudayaan telah menganjurkan Program Kayuhan Hari Malaysia 2012. Program ini telah menarik penyertaan kanak-kanak serta remaja taman seramai 30 orang dengan dibantu oleh 10 orang marshall dan Ahli Jawatankuasa Biro Wanita.
Walaupun hujan turun pada pagi ahad tersebut, ia tidak menghalang peserta untuk berkumpul di medan parkir lot kedai pada pukul 7.30 pagi. Agenda pada hari ini adalah kayuhan ke Perkampongan Orang Asli Sungai Serai Kuang, perlawanan bolasepak persahabatan dan bersantai di sungai/jeram berhampiran.
Tepat masa yang ditetapkan peserta memulakan aktiviti kayuhan dengan diiringi oleh kereta peronda dari Balai Polis Kuang dan pengawasan marshall dari kalangan anggota SRS KRT.
Perjalanan amat lancar dengan sekali sekala kereta peronda membunyikan siren. Selepas berhenti rehat selama 15 minit, para peserta mula berkayuh dan tiba ditempat yang dituju pada pukul 9.45 pagi. Rombongan di sambut oleh En Jamal, Pengerusi JKKK. Perlawanan bolasepak persahabatan antara remaja Taman Tasik Biru dan Remaja Orang Asli berakhir dengan kemenangan di pihak Tasik Biru 5 - 1.
AJK Biro Wanita menyediakan ais krim yang dibawa untuk kanak-kanak orang asli disamping mengedarkan bungkusan nasi ayam kepada semua peserta dan urusetia.
Penyampaian 2 bungkusan hamper dibuat dihadapan Balai Ilmu oleh Pengerusi Persatuan En. Hussain bin Ismail kepada En. Jamal sebagai ucapan terima kasih kerana sudi menerima kedatangan peserta ke kampong beliau. Semua anggota rombongan kemudian bergerak ke sungai berhampiran untuk menyegarkan badan. Aktiviti di Perkampongan Orang Asli ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari dan peserta bergerak pulang dengan diiringi sekali lagi oleh kereta peronda.
















Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak terutama anggota dari Balai Polis Kuang kerana terlibat menjayakan program yang di atur ini. TERIMA KASIH.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Followers