Thursday, September 27, 2012

KEMALANGAN BERLAKU LAGI....LALUAN UTAMA TTB

Pada pagi Jumaat 28.09.2012 pukul 7.25 pagi berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di laluan utama masuk ke Taman Tasik Biru. Laluan selekoh berkembar itu dikenalpasti sebagai punca kepada kemalangan2 kecil sebelum ini. Bahagian sisi kereta Iswara tersebut remuk manakala motosikal juga mengalami kerosakan.Walaupun tidak melibatkan kecederaan parah, perkara ini tidak bpleh dipandang ringan. Pihak Persatuan akan mengajukan aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang dan kontraktor terbabit agar satu tindakan positif dapat diambil.



Dalam masa yang sama. semua penduduk diminta berhati-hati menggunakan jalan tersebut terutama ketika hari hujan sehingga tindakan penambahbaikan diambil oleh pihak berkenaan.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
PersatuanPendudukTamanTasikBiru said...

Terima kasih diatas komentar di atas. Beberapa tindakan susulan dari komen anda akan diambil secepat mungkin. Sekiranya anda ada cadangan yang lebin bernas untuk komuniti sila gunakan saluran yang betul..insyaAllah akan dibincangkan untuk kepentingan bersama. Soal keselamatan tanggungjawab semua pihak. Sebarang cadangan mestilah merangkumi masa kejadian berlaku..contohnya pukul 8.30 malam. Jadi apakah bentuk langkah yang perlu kita ambil dalam tempoh waktu tersebut. Terima kasih atas keprihatinan semua pihak

Followers