Wednesday, September 12, 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA TAMAN TASIK BIRU 2012

Majlis Rumah Terbuka Raya Taman Tasik Biru hasil gabungan 3 entiti taman iaitu Persatuan, KRT dan Surau telah selamat diadakan pada 08.09.2012 hari Sabtu, bermula jam 2 petang. Pada tahun ini penyediaan menu utama iaitu gulai kambing kawah, bihun sup dan lontong disediakan secara gotong royong oleh Ahli Jawatankuasa dan penduduk.. Kerja-kerja merewang bermula seawal 9 pagi dimana golongan wanita menyediakan bahan-bahan masakan manakala pihak lelaki pula memotong dan  mempersiapkan peralatan untuk memasak 2 ekor kambing. Sebahagian AJK bertugas di bahagian khemah melibatkan hiasan dan susunatur meja manakala pengerusi persatuan, KRT dan surau berada di lokasi memantau dan membantu kerja-kerja yang dijalankan. Ternyata sikap kerjasama dan tolong menolong begitu terserlah dikalangan warga TTB.
Majlis bermula agak lewat sedikit iaitu pada pukul 2.45 petang kerana urusan mengangkut bahan yang dimasak dari surau. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Mohd Sabri bin Mohd Raji diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Persatuan En Hussain bin Ismail dan Pengerusi Surau Tn Hj. Nik Yusof. Selesai ucapan, majlis dimulakan. Antara menu yang dihidangkan ialah NASI PUTIH, GULAI KAMBING DAN ACAR, MI-BIHUN SUP, SATE AYAM, LONTONG, LAKSA UTARA, KUIH, BUAH-BUAHAN DAN 2 TONG AISKRIM. Jamuan makan disusuli dengan nyanyian karaoke lagu raya dan cabutan bertuah.














Majlis berakhir pada pukul 5.45 petang. Pihak Persatuan ingin menyampaikan penghargaan kepada semua AJK dan penduduk yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Followers