UCAPAN 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA' KEPADA SEMUA AHLI PPTTB DAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM KEPADA SEMUA MUSLIM SERTA MUSLIMAT...DARI SAYA PORTAL BLOG PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK BIRU.
Thursday, November 26, 2009
Tuesday, November 24, 2009
MEMORI MAJLIS PENERANGAN DAN SUAI KENAL ANTARA PENDUDUK 29HB DISEMBER 2008 ANJURAN PPTTB
Majlis Penerangan Dan Suai Kenal Antara Penduduk anjuran PPTTB ini adalah keraian pertama yang diadakan oleh PPTTB bagi menjalin hubungan yang antara penduduk setempat dan dihadiri oleh pemimpin kampong setempat dari JKKKK dan JKKKKP serta jemputan yang di undang bagi menyerikan majlis berkenaan. Majlis diserikan juga dengan paluan kompang Sinar 12 bagi menyambut tetamu jemputan. Majlis mendapat sambutan yang begitu menggalakkan berjaya diadakan dengan sempurna dan harmoni.TERIMA KASIH.....KEPADA SEMUA PENDUDUK DAN AHLIJAWATANKUASA PPTTB YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS BERKENAAN
Monday, November 23, 2009
Dari meja Pengerusi Persatuan........(2)
Assalamualaikum................
Cuti sekolah datang lagi dan selamat bercuti kepada anak-anak Tasik Biru. Cuti sekolah pada kali ini ada keseronokan berganda apabila beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha....SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua penduduk daripada saya yang juga mewakili keseluruhan AJK PPTTB. Dalam musim cuti perayaan ini ramai diantara kita yang akan pulang ke kampong. Saya mendoakan anda selamat sampai ke destinasi masing-masing dan akan selamat juga kembali ke Taman tercinta ini agar kita dapat berjumpa kembali dengan jiran-jiran yang kita kasihi. Kepada penduduk yang tidak pulang ke kampong, teruskan amalan berziarah rumah jiran tetangga supaya dapat mengukuhkan lagi ikatan persahabatan. Perjalanan pulang ke kampong adalah meletihkan, tambahan pula bagi penduduk yang pulang ke pantai timur ; banjir!. Berhati-hati dan berwaspada selalu adalah kata-kata hikmat yang selalu kita dengar tetapi sejauh mana kita akan berpegang kepada ayat ini apabila stering sudah di tangan. Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan, kemalangan adalah satu tragedi.....kemalanganlah yang biasanya memisahkan suami dengan isteri, ibubapa dengan anak-anak, adik dengan kakak dan sebagainya. Di kedudukan saya ini, tuan-tuan yang saya kenali telah dirasakan seperti saudara sendiri, justeru itu, sebarang kecelakaan yang menimpa, akan terasa juga pedihnya. Akhir kata, semoga Allah akan membenarkan kita untuk terus mengecap nikmat hidup di dunia ini sebelum takdir ilahi menjemput kita pergi........sama-samalah kita saling mengingati. - Hussain bin Ismail

Friday, November 20, 2009
JAMUAN MESRA AIDILFITRI PPTTB DAN SURAU TASIK BIRU
Pada 19hb Nov 2009 Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru dan Surau Taman Tasik Biru telah berjaya menganjurkan 'JAMUAN MESRA AIDILFITRI' bersama, secara gotong - royong daripada penduduk setempat yang berjaya mengumpul dana untuk menjayakan majlis tersebut.PPTTB juga telah membuka kaunter pendaftaran keahlian persatuan penduduk, kaunter khairat kematian dan kiosk bergerak dari TM POINT yang turut serta dengan mempromosi pendaftaran talian telefon terus ke rumah secara PERCUMA. Majlis turut dihadiri oleh YB.Abd.Shukur dan Ketua Kg.Setia JKKKK Tn Hj.Ashmawi.Aturcara majlis juga diiringi dengan persembahan KOIR dari anak-anak penduduk taman yang begitu teruja untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut.....TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DENGAN JAYANYA...TAHNIAH
Thursday, November 19, 2009
MEDAN INFO DESA, KG.SETIA.KUANG,SELANGOR
Pada 13 - 16 Nov 2009 selama 4 hari seramai 4 orang wakil dari penduduk taman Tasik Biru telah berjaya mengikuti Kursus Pemasangan Dan Baikpulih Komputer yang dianjurkan oleh Medan Info Desa Kg.Setia, Kuang, Selangor.Peserta terdiri dari wakil-wakil kampong yang mendaftar dengan Medan Info Desa untuk mengikuti kursus berkenaan dengan jayanya.Terima Kasih kepada En.Armizi, En Aakim dan Pn.Rafidah yang berjaya mengendalikan kursus berkenaan sehingga selesai....JUMPA LAGII TAHUN DEPAN DI MID.
Wednesday, November 18, 2009
TM POINT DI TAMAN TASIK BIRU
PADA 19/10/2009 KIOSK BERGERAK TM POINT telah turut serta bersama-sama dengan penduduk Taman Tasik Biru dalam program'JAMUAN MESRA AIDILFITRI TAMAN TASIK BIRU' anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru dan Surau Taman Tasik Biru.
Pada hari tersebut TM POINT menawarkan pakej talian terus kerumah dengan pendaftaran secara PERCUMA sahaja.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi:
En.Hussain bin Ismail - HP 013-3395301
En.Aswan bin Ab.Rahman- HP 014-6361880

Tuesday, November 17, 2009
MAJLIS DOA SELAMAT, CUKUR JAMBUL DAN BERENDOI
MEMORI PPTTB SEPANJANG 2009
BIRO HAL EHWAL MUSLIMAT SURAU TASIK BIRU juga tidak ketinggalan mengadakan perjumpaan dalam merangka aktiviti semasa.
MEMORI PPTTB SEPANJANG 2009
Kejadian sebuah teksi ditinggalkan belakang JTB 14 selama beberapa hari yang digunakan untuk tujuan jenayah sekitar Selangor dikesan oleh penduduk Taman tasik Biru hasil pemantauan oleh penduduk setempat yang curiga dengan kehadiran teksi tersebut pada pertengahan tahun 2009.
Hasil pemantauan penduduk juga mengesan beberapa kejadian 'pemotongan pagar' sekitar kawasan taman bagi tujuan jenayah pecah rumah berjaya dibanteras bersama hasil kerjasama penduduk.
Mesyuarat PPTTB juga seringkali juga diadakan dari masa kesemasa bagi membincangkan masalah berbangkit penduduk di rumah Pengerusi PPTTB En.Hussain Bin Ismail yang sudi membenarkan rumahnya dijadikan lokasi mesyuarat.
PPTTB juga seringkali melibatkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat JKKKP atau JKKKK untuk sama-sama menjayakan program DUN masyarakat setempat dengan menghantar 2 orang wakil tetap ke mesyuarat-mesyuarat yang diadakan pada setiap bulan.
Label:
Kenangan Memori PPTTB 2009
MEMORI PPTTB SEPANJANG 2009
Aktiviti Senamam 'TAI CHI' setiap pagi Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga jam 10.0o pagi diakhiri dengan tarian POCO POCO turut menyerikan aktiviti tahunan BIRO WANITA dan pasukan BOLA JARING TAMAN TASIK BIRU juga turut memeriahkan tahun bermakna PPTTB dalam merealisasikan hasrat penduduk dengan kegiatan sukan secara aktif dalam menyertai sebarang kejohanan yang diadakan peringkat daerah DUN KUANG.
MEMORI PPTTB SEPANJANG 2009
Mesyuarat penubuhan 'BIRO WANITA' PPTTB berjaya mengumpulkan seramai 50 orang wanita yang turut serta dalam mesyuarat Bil.1/2009 dalam merencana aktiviti tahunan BIRO WANITA PPTTB....SELAMAT MAJU JAYA...
MEMORI PPTTB SEPANJANG 2009
Friday, November 13, 2009
Dari meja Pengerusi Persatuan.........
Assalamualaikum.
Buat pertama kali saya menulis untuk ruangan ini. Apa khabar Tuan/Puan, ahli PPTTB semua? Terima kasih kerana inisiatif anda melayari laman web sulung persatuan kita. Sebelum saya meneruskan coretan ini, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan kepada En. Aswan bin Ab Rahman, Timbalan Pengerusi PPTTB di atas dayausaha beliau mewujudkan blog ini. Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat melalui ruangan ini, akan sentiasa ada penambahbaikkan dari masa kesemasa. Apa yang penting, kita semua dapat gunakan ia sebagai medium untuk untuk berinteraksi antara satu sama lain. Bagi pihak diri saya dan keseluruhan AJK, kami sentiasa bersedia menerima sebarang cadangan dan komen dari Tuan/Puan jika ada.
Sambutlah salam silaturrahim dari saya dan semoga kita akan terus bersatu dalam ertikata mewujudkan satu komuniti masyarakat taman yang IDEAL dan disegani masyarakat sekeliling.
Terima kasih.........jumpa lagi - Hussain bin Ismail.

Thursday, November 12, 2009
AKTIVITI BOLA JARING,BIRO WANITA PPTTB
Perkembangan aktiviti bola jaring di taman tasik biru boleh diikuti dari masa semasa melalui Biro Wanita Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru dan selain daripada itu aktiviti wanita yang turut melibatkan wanita Kg.Setia juga diadakan sseperti aktiviti memasak dan kerjatangan wanita setiap hari rabu didewan mesyuarat JKKK Kg.Setia.
PAIP BOCOR MILIK SIAPA? JTB8 & JTB7
Laporan berkenaan paip utama yang bocor ini berlaku di JTB8 dan JTB 7 telah pun diadukan kepada pihak pemaju ZIKKAY sebulan yang lepas namun masih tiada apa-apa tindakan sehingga sekarang.Pihak SYABAS yang juga telah dimaklumkan menghantar wakil bagi melihat keadaan kebocoran berkenaan, menafikan paip utama tersebut bukan "miliknya".??????
Subscribe to:
Posts (Atom)