Kejadian sebuah teksi ditinggalkan belakang JTB 14 selama beberapa hari yang digunakan untuk tujuan jenayah sekitar Selangor dikesan oleh penduduk Taman tasik Biru hasil pemantauan oleh penduduk setempat yang curiga dengan kehadiran teksi tersebut pada pertengahan tahun 2009.
Hasil pemantauan penduduk juga mengesan beberapa kejadian 'pemotongan pagar' sekitar kawasan taman bagi tujuan jenayah pecah rumah berjaya dibanteras bersama hasil kerjasama penduduk.
Mesyuarat PPTTB juga seringkali juga diadakan dari masa kesemasa bagi membincangkan masalah berbangkit penduduk di rumah Pengerusi PPTTB En.Hussain Bin Ismail yang sudi membenarkan rumahnya dijadikan lokasi mesyuarat.
PPTTB juga seringkali melibatkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat JKKKP atau JKKKK untuk sama-sama menjayakan program DUN masyarakat setempat dengan menghantar 2 orang wakil tetap ke mesyuarat-mesyuarat yang diadakan pada setiap bulan.
No comments:
Post a Comment