Friday, November 13, 2009

Dari meja Pengerusi Persatuan.........

Assalamualaikum.

Buat pertama kali saya menulis untuk ruangan ini. Apa khabar Tuan/Puan, ahli PPTTB semua? Terima kasih kerana inisiatif anda melayari laman web sulung persatuan kita. Sebelum saya meneruskan coretan ini, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan kepada En. Aswan bin Ab Rahman, Timbalan Pengerusi PPTTB di atas dayausaha beliau mewujudkan blog ini. Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat melalui ruangan ini, akan sentiasa ada penambahbaikkan dari masa kesemasa. Apa yang penting, kita semua dapat gunakan ia sebagai medium untuk untuk berinteraksi antara satu sama lain. Bagi pihak diri saya dan keseluruhan AJK, kami sentiasa bersedia menerima sebarang cadangan dan komen dari Tuan/Puan jika ada.
Sambutlah salam silaturrahim dari saya dan semoga kita akan terus bersatu dalam ertikata mewujudkan satu komuniti masyarakat taman yang IDEAL dan disegani masyarakat sekeliling.
Terima kasih.........jumpa lagi - Hussain bin Ismail.

No comments:

Followers